Drama Gempak Original Series 'Ahli Bapak Bapak Club' ditayangkan mulai 19 Mei 2021, jam 9.30 mlm di Astro Ria dan Astro Go.
JUDUL : AHLI BAPAK BAPAK CLUB
EPISOD : 10
TARIKH TAYANGAN : 19 Mei 2021
WAKTU SIARAN : Rabu, 9:30 malam
SIARAN TV : Astro Ria
PENGARAH : Tam Suhaimi
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Aiman Hakim, Shiqin Kamal, Uyaina Arshad, Maria Farida, Steve Yap, Luqman Hafidz, Fizz Fairuz, Danish, Zailin Aqeesha
WATAK PELAKON
Aiman Hakim Ridza sebagai Joe
Luqman Hafidz sebagai Bob
Steve Yap sebagai Nik
Shiqin Kamal sebagai Hana
Uyaina Arshad sebagai Yem
Maria Farida sebagai Fisya
Dato’ Ziela Jalil sebagai Mak Mertua
Dato’ Fizz Fairuz sebagai Qadir
Amir Masdi sebagai Fir
Hariz Hamdan sebagai Abang Long
Danish Iskandar sebagai Dhani
Zailin Aqeesha sebagai Andra
Natasha Nazira sebagai Sarah
Faiz Shafie sebagai Hykal
Abd Manan sebagai Pak Ajai
Edika Yusof sebagai Eedika Yusof
SINOPSIS AHLI BAPAK BAPAK CLUB
Mengisahkan tentang tiga orang lelaki berlainan personaliti mempunyai masalah dan cabaran untuk menjadi seorang bapa.
Hana (Shiqin Kamal), seorang influencer terkenal dan juga merupakan bekas isteri kepada Joe (Aiman Hakim). Selepas berpisah dengan Joe, Hana bertambah cantik. Adakah Joe menyesal berpisah dengan Hana?
Bob (Luqman Hafidz), seorang penganggur selepas syarikat tempat dia bekerja gulung tikar. Tapi Bob rahsiakan dari isterinya tentang ini dan berpura-pura masih bekerja. Sampai bila Bob akan main wayang?
Yem (Uyaina Arshad), seorang cikgu dan isteri kepada Bob. Yem terpaksa menyara keluarga selepas Bob hilang kerja. Sampai bila Yem boleh tahan dengan Bob?
Nik Tan Abdullah (Steve Yap), seorang pakar motivasi yang berjaya. Nik seorang penyayang dan ada stail. Nampak macam perfect kan. Namun Nik sebenarnya tidak disukai oleh dua anak tirinya. Adakah Nik dapat menggunakan skil yang dia ada untuk mengambil hati anak tirinya?
Fisha (Maria Farida) seorang jutawan kosmetik, isteri kepada Nik dan ada 2 orang anak yang sangat disayangi. Tapi dibelakang Fisha, ada sesuatu terjadi antara Nik dan anak-anaknya di luar pengetahuan dia.