Drama bersiri ‘Kisah Cinta Kita’ menampilkan gandingan Aedy Ashraf dan Amelia Henderson bakal bersiaran selama 28 episod bermula 26 November 2021 menerusi slot Akasia TV3, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam. Penonton juga boleh menyaksikannya di platform penstriman Disney+ Hotstar Malaysia.
Kisah Cinta Kita
Episod: 28
Tarikh Tayangan: 26 November 2021
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3
Idea & Skrip: Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: A. Aida Production Sdn Bhd
Pelakon: Aedy Ashraf, Amelia Henderson, Ikmal Amry, Daniella Sya, Hazman Al-Idrus, Dato’ Jalaludin Hassan, Datin Seri Maria Farida, Khaty Azian, Arash Mohd, Adriana Ghafar, Izzendra
Watak Pelakon
Aedy Ashraf sebagai Amer
Amelia Henderson sebagai Aleesa
Ikmal Amry sebagai Zuhairi
Daniella Sya sebagai Maria
Hazman Al-Idrus sebagai Putra
Maria Farida sebagai Hanisah
Jalaludin Hassan sebagai Datuk Ramzi
Khaty Azian sebagai Datin Laila
Arash Mohd sebagai Malik
Adriana Ghafar sebagai Asma
Izzendra sebagai Siti
Lagu Tema (OST)
Sejarah Cinta Ku - Ucop
Duri - Ahmad Syafiq
Panah - Nadeera
Cinta Khayalan - Wany Hasrita
Bukan Milik Ku - Muna Shahirah
Berakhirlah Pencarianku - Hafiz Suip & Ernie Zakri
Mimpi - Haqiem Rusli
Kisah Cinta Kita - Hafiz Suip
Maafkan Lah - Syamel
Izinkan Aku - Tajul
Sorry-Sorry Sayangku - Nomad
Pelangi - Khareez Khasbullah
Ternyata Bukan Aku - Nidza Afham
Sinopsis Kisah Cinta Kita
Mengisahkan tentang Aleesa (Amelia Henderson) didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya, Amer (Aedy Ashraf). Aleesa diminta menyamar sebagai Natasha yang telah menghilangkan diri kerana mereka berdua mempunyai wajah yang sama. Amer berjanji akan menanggung kos pembedahan ibunya, Hanisah (Datin Seri Maria Farida) sekiranya Aleesa bersetuju menjadi Natasha demi kesihatan Datuk Ramzi (Dato’ Jalaludin Hassan) yang masih berada di hospital. Memandangkan dia hanya perlu menyamar sekejap sahaja, Aleesa bersetuju. Aleesa hanya perlu ke hospital dan bercakap-cakap dengan Datuk Ramzi yang masih belum sedarkan diri.
Natasha telah membuat keputusan untuk kahwin lari dengan Zuhairi (Ikmal Amry) di sempadan apabila datuknya, Datuk Ramzi mahu memisahkannya dengan Zuhairi. Malahan, Datuk Ramzi ingin mengahwinkan cucu tunggalnya dengan Amer. Selepas kehilangan Natasha, Datuk Ramzi diserang sakit jantung dan dimasukkan ke hospital.
Natasha ditemui dalam keadaan wajahnya terbakar dek kemalangan jalan raya yang tragis. Amer telah mengarahkan Aleesa untuk meneruskan lakonannya sebagai Natasha. Aleesa tidak bersetuju kerana Datuk Ramzi telah sedarkan diri. Tambahan lagi, ini bukan perjanjian awal mereka. Apabila Amer mengugut untuk menghentikan pembiayaan kos perubatan Hanisah, Aleesa terpaksa bersetuju.