Drama Perisik Cinta Tak Diundang (TV3)

Perisik Cinta Tak Diundang

Nantikan drama adaptasi novel 'Perisik Cinta Tak Diundang' karya Puteri Aqish akan mengisi slot Akasia TV3. Drama 12 episod arahan Azmi Mohd Hata, menampilkan lakonan Andi Bernadee, Shiha Zikir, Wani Kayrie dan Hafidz Roshdi. Disiarkan bermula bermula 21 September 2021, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di  TV3 dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman Viu pada 8.00 malam.

JUDUL : PERISIK CINTA TAK DIUNDANG
EPISOD: 12
TARIKH TAYANGAN : 21 September 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam  
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Puteri Aqish
PENGARAH : Azmi Mohd Hata
PRODUKSI : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Andi Bernadee, Shiha Zikir, Hafidz Roshdi, Wani Kayrie, Norish Karman, Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud, Jabir Meftah, Bella Astillah, Enot,  Shamsul Ghau Ghau, Norish Karman, Nuralis, Amanda Misbun, Dynas Mokhtar, Qasehku Effa Al Habshee, Nurin Atiqah, Didi Astillah, Muaz, Meel Yahya, Rayyan Nur Iman

WATAK PELAKON
Andi Bernadee sebagai Niyaz Aqasha
Shiha Zikir sebagai Medina Mikayla
Hafidz Roshdi sebagai Firas Akhtar
Wani Kayrie sebagai Anida
Esma Daniel sebagai Tuan Muhsin
Fazlina Ahmad Daud sebagai Puan Rogayah
Salina Saibi sebagai Hanim
Jabir Meftah sebagai Amar
Bella Astillah sebagai Erriana
Enot sebagai Fiza
Shamsul Ghau Ghau sebagai Pak Hisham 
Norish Karman sebagai Mak Tah 
Nuralis  sebagai Nadira
Amanda  Misbun  sebagai  Acu Hana
Dynas Mokhtar  sebagai  Khaty Janda 
Qasehku Effa Al Habshee sebagai Kak Liza
Nurin Atiqah sebagai Mikayla 
Didi Astillah  sebagai Inluencer
Muaz sebagai Faliq 
Meel Yahya sebagai  Mak Nah
Rayyan Nur Iman sebagai Eusoff 

LAGU TEMA  (OST)
Bebas - Sissy Iman

SINOPSIS PERISIK CINTA  TAK DINDANG
Mengisahkan tentang Medina Mikayla (Shiha Zikir) yang tinggal bersama ibunya, Mak Tah dan adiknya, Anida di sebuah kampung. Medina ialah seorang graduan kulinari yang bercita-cita mahu menjadi seorang cef yang berjaya. Dia menjual nasi lemak dan kuih muih di kampung sementara mencari pekerjaan.

Niyaz Aqasha (Andi Bernadee) telah bercuti ke resort milik ayahnya Tuan Muhsin di kampung Medina. Mereka sekeluarga menyambut ulang tahun perkahwinan Tuan Muhsin dan Puan Rogayah di situ. Niyaz dan Medina telah berkenalan secara tidak sengaja di kampung. Selepas itu, mereka sering terjumpa. Namun, pelbagai peristiwa lucu telah berlaku antara mereka.

Tuan Muhsin yang berkenan dengan masakan Medina telah mengambil Medina untuk bekerja di restorannya di KL. Niyaz terkejut. Tuan Muhsin suruh Niyaz menguruskan restoran itu dan boleh mengenali Medina. Niyaz memberi syarat dia nak ‘merisik’ perangai dan hati budi Medina dulu. Niyaz juga meminta Tuan Muhsin merahsiakan identitinya dan hanya mahu menjadi pekerja biasa di situ. 

Medina kemudian bekerja di restoran Tuan Muhsin. Begitu juga dengan Niyaz. Di sana mereka mula mengenali antara satu sama lain dan semakin rapat. Medina juga memutuskan hubungan dengan teman lelakinya, Firas (Hafidz Roshdi) kerana sikap barannya yang susah dikawal. Pada masa yang sama, Tuan Muhsin telah masuk meminang Medina untuk Niyaz. Tanpa sengaja, Medina telah tersarung cincin lamaran Tuan Muhsin.

Medina terkejut apabila mengetahui itu adalah cincin lamaran untuknya sebab dia tidak bersedia menerima lamaran keluarga Tuan Muhsin itu. Lagipun dia tak kenal siapa anak Tuan Muhsin. Walaupun tidak sengaja, Mak Tah mengatakan itu adalah tanda Medina sudah terima lamaran selepas menyarung cincin itu. Apakah akan terjadi selepas itu?

SINOPSIS NOVEL PERISIK CINTA TAK DIUNDANG
‘NASI lemak anak dara tengah menganggur’. Hanya kerana nama itu, mereka sama-sama terikat. Episod perkenalan mereka tidaklah seindah mana. Banyak ‘ter’ antara mereka… terlanggar, tersalah cakap, tersarung…

“Ahh, saya tak kira. Kita sama-sama berlanggar lepas tu telefon saya jatuh. Saya nak awak ganti juga.” Niyaz berkeras. “Faham bahasa tak? Saya tak mampu nak bagi kat awak benda yang sebijik seketul macam ni. Kalau nak sangat saya ganti, boleh. Ambil je batu asah pisau mak saya. Sebiji macam ni. Cukup nipis, cukup saiz. Warna je kelabu asap sikit. Ke nak lagi canggih? Saya upgrade sikit, okey. Ketulan belacan, yang tu siap berbau lagi.”

MEDINA MIKAYLA, seorang berkelulusan tinggi tetapi memilih untuk berbakti pada keluarga. Namun, kalau dia dah bersuara, becoknya mengalahkan burung murai. Habis mak cik-mak cik bawang di kampungnya letak jawatan. Hanya Niyaz Aqasha yang mampu mengunci setiap patah kata gadis itu.

“Nak tanya sikit boleh?” Niyaz bersuara usai Medina makan. “Nak tanya apa?” “Ermm, dah pandai jatuh cinta kat saya kan?” Dush! Satu soalan yang betul-betul buat wajah Medina macam kena simbah dengan sebaldi ketulan ais. Lagi-lagi Niyaz dah mula merenung tenang sambil buat muka yang memang boleh meluruhkan jantung sang wanita. Dengan mata yang sengaja diredupkan, argh! Tak habis-habis nak goda dia dengan mata tu!

RUMAH TANGGA mana yang tidak diuji saat orang ketiga datang menghantui? “Aku tak minta untuk cintai suami orang apatah lagi lelaki itu, Niyaz. Tak mungkin aku sengaja nak humban diri dalam masalah macam ni.” - Erianna

“Tolong jangan cabar mata dan hati I dengan perangai tak bermaruah you. Mulai saat ni, I tak kan berdiam diri, berdiri dan tengok perangai busuk you.” - Medina “Hati sayang abang pegang dalam doa supaya kita sama-sama dekat dan terus bersama.” – Niyaz

MAMPUKAH mereka pertahankan pendirian masing-masing?


Perisik Cinta Tak Diundang
Pelakon Perisik Cinta Tak DiundangPerisik Cinta Tak Diundang