Saksikan drama bersiri 'Scammer' lakonan Kamal Adli, Siti Saleha dan Fasha Sandha akan mula ditayangkan pada 24 Mei 2021, setiap Isnin hingga Khamis jam 11 malam hanya di Astro Ria.
JUDUL : SCAMMER
EPISOD : 20
TARIKH TAYANGAN : 24 Mei 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 11:00 malam
SIARAN TV : Astro Ria
IDEA ASAL : Fazli Hj Baharom, Sham Hashim
PENULIS SKRIP : Sham Hashim, Amin Shakib, Azril Hamzah, Shida Zali
PENGARAH : Norhanisham Muhammad (Labu)
PRODUKSI : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Kamal Adli, Siti Saleha, Fasha Sandha, Arash Mohamad, Hasnul Rahmat, Jay Iswazir, Didie Alias, Brian Chan, Chew Kin Wah, Muaz Fitri, Wan Raja, Megat Sharizal, Tony Eusoff, Aireen Riana, Kak Girl, Uchee Fukada, Wan Raja, Mizie Ahmad, Amanda Misbun, Rahim Jailani, Nor Albaniah
WATAK PELAKON
Kamal Adli sebagai Joe
Siti Saleha sebagai Amy
Fasha Sandha sebagai Nisa
Arash Mohamad sebagai Razman
Hasnul Rahmat sebagai Darus
Jay Iswazir sebagai Fawaz
Didie Alias sebagai Lina
Brian Chan sebagai Leon
Chew Kin Wah sebagai Wong
Muaz Fitri sebagai Kahar
Tony Eusoff sebagai Malik
Megat Sharizal sebagai Jay Rahman
Faizul Syaharin sebagai Naim
Wan Raja sebagai Inspektor Aqil
Mizie Ahmad sebagai Inspektor Kamal
Amanda Misbun sebagai Akmal
Rahim Jailani sebagai Haji Tapah
Kak Girl sebagai Cik Suri
Nor Albaniah sebagai Kak Nab
Nadia Brian sebagai Tania
LAGU TEMA (OST)
Duit - Meerfly
Emosi - Benzoloo feat Khodi
SINOPSIS SCAMMER
Johari atau Joe, ialah seorang Anti Money Laundering Analyst di sebuah bank antarabangsa di Kuala Lumpur. Kerjanya ialah memantau dan melapor kegiatan ‘money laundering’ di kalangan pemegang akaun bank tempatnya bekerja. Selepas dibuang kerja, Joe mula terdesak untuk mencari duit. Joe bertemu semula dengan kekasih lamanya, Amy, seorang peguam bela penjenayah yang terkemuka.
Amy mahu gunakan kepakaran Joe dalam selok belok perbankkan dan ‘money laundering’ untuk pindahkan duit kliennya yang cuba lari dari kadar cukai yang tinggi. Tergoda dengan tawaran gaji yang tinggi, Joe setuju bekerja dengan Amy. Melalui kepakaran Joe, klien mereka dapat pindahkan duit keluar negara tanpa dikesan oleh Bank Negara.
Kepakaran Joe dan kecekapan Amy mula dapat perhatian Wong, ketua kongsi gelap besar KL yang mempunyai rangkaian kegiatan jenayah seperti pelacuran, dadah, pinjaman wang dan judi. Wong arahkan Joe dan Amy ‘cuci’ duit perniagaan haramnya yang bernilai ratusan ribu setiap bulan. Joe dan Amy terima ‘job’ itu. Mereka mula terima dan ‘cuci’ duit-duit haram itu. Tetapi kegiatan mereka mula dihidu polis yang bernama Darus dan Tahir. Darus ugut akan tangkap Joe jikalau dia enggan beri kerjasama. Khuatir dipenjarakan, Joe dedahkan maklumat dan lokasi duit-duit haram Wong disimpan.
Tanpa disangka-sangka, Darus dan Tahir adalah penipu yang menyamar menjadi polis dan situasi tambah gawat apabila semua duit halal milik Wong telah hilang dicuri. Nyawa Joe dan isterinya dalam bahaya. Wong beri Joe masa 48 jam untuk cari semula wangnya yang telah hilang itu!
Episod 01
Nisa bakal bersalin dan Joe terdesak untuk mencari duit. Joe dibuang kerja kerana membuat satu transaksi permindahan duit secara tidak sah. Sementara itu, Amy terpaksa berpindah ke KL apabila nyawanya diancam bahaya. Amy menawarkan pekerjaan kepada Joe melakukan pengubahan wang haram dengan gaji berlipat kali ganda.
Episod 02
Joe terima tawaran kerja Amy. Mereka perlu hantar duit rasuah klien ke Indonesia. Amy arahkan Joe untuk tukar duit klien kepada USD dan ketika lakukan kerja pertukaran itu, nyawa Joe diancam bahaya.
Episod 03
Amy terus terang pada Joe tentang kerjanya. Joe mahu tarik diri kerana tidak mahu terlibat dalam jenayah. Tetapi selepas menyedari gaji yang akan diterimanya amat lumayan, Joe mula gelap mata.
Episod 04
Nisa terkejut bila dapat tahu Joe tidak lagi kerja di bank. Tetapi Joe terpaksa rahsiakan dia kerja dengan Amy. Qina, mahu Amy dan Joe cuci duit haram dari aktiviti Macau Scam.
Episod 05
Joe gunakan filem Jay Rahman untuk dapatkan dana 'crowdfunding' bagi mencuci duit Macam Scam Qina. Joe dan Amy mula terancam apabila dapati mereka kini dalam pemerhatian polis bernama Darus.
Episod 06
Taukeh Wong sedar Amy ejen cuci wang yang berpengaruh. Lalu dia mahu Amy cuci duit untuknya pula. Tapi Joe pula tidak setuju untuk mereka libatkan diri dengan cuci duit samseng besar seperti Wong.
Episod 07
Joe dan Amy berusaha untuk cuci duit untuk Taukeh Wong melalui seorang usahawan produk kesihatan. Manakala Nisa pula, terkejut bila dapat tahu Joe bekerja dengan Amy, bekas kekasihnya dahulu.
Episod 08
Crowdfund filem Jay Rahman mendapat sambutan sehingga pihak agensi kerajaan mahu bertemu dengan Qina untuk berbincang lanjut. Disebabkan Jay Rahman tidak dapat hadir, Amy dan Joe perlu menyamar jadi produser.