Nantikan drama bersiri 'Anak Sena' terbitan Kembara Sufi, diarahkan oleh Bahri Uma Bajuri dan nukilan skrip oleh MF Kencana dan Irdeena Nur Humaira. Menampilkan pelakon seperti Ben Amir, Hadi Putra, Ruzaidi Abd Rahman, Farah Ahmad, Nadia Aqilah, Shasha Abedul dan ramai lagi. Anak Sena bakal bersiaran pada 26 Ogos ini, setiap Rabu hingga Sabtu di slot Lestary TV3.
JUDUL : ANAK SENA
EPISOD : 8
TARIKH TAYANGAN : 26 Ogos 2021
WAKTU SIARAN : Rabu-Sabtu, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : MF Kencana, Irdeena Nur Humaira
PENGARAH : Bahri Uma Bajuri
PRODUKSI : Kembara Sufi Sdn Bhd
PELAKON : Ben Amir, Hadi Putra, Ruzaidi Abdul Rahman, Farah Ahmad, Nadia Aqilah, Shasha Abedul, Danish Zamri, Lan Siro, Bazruzainizam, Norshahira Malik, Habeeb Rasely, Syarafi Sudarmaji, Sera Melissa, Akmal Ahmad, Edaman Othman, Zuhairah Zainodin, Azwan Ali, Danish Iskandar
WATAK PELAKON
Ben Amir sebagai Cikgu Amir
Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Tok Sena
Hadi Putra sebagai Wadi
Farah Ahmad sebagai Kiambang
Nadia Aqilah sebagai Kuntum
Shasha Abedul sebagai Fatin
Lan Siro sebagai Jati
Norshahira Malik sebagai Amira
Danish Iskandar sebagai Karim
SINOPSIS ANAK SENA
Mengisahkan tentang Sena, tok batin keturunan orang asli yang tinggal di pedalaman hutan. Sebagai ketua kampung, selain mempelajari ilmu hutan, Sena mahukan keturunannya bersekolah dan berpendidikan. Impiannya untuk melihat anak orang asli berjaya dan dia cuba membuktikannya melalui anaknya Wadi. Setiap hari Sena akan memandu bot membawa anaknya dan sejumlah murid-murid dari kampungnya meredah sungai Hulu Tembeling ke sekolah. Selesai waktu persekolahan, Sena akan membawa Wadi masuk ke hutan untuk memburu binatang dan mencari makanan, tumbuhan, akar kayu, rotan dan belajar ilmu hutan. Bagi Sena, anak-anaknya dan anak anak orang asli di bawah jagaannya perlu mendapat ‘ilmu hutan’ dan ‘ilmu sekolah’.
Cikgu Amir merupakan guru baharu di sekolah tempat Wadi bersekolah. Cikgu Amir rasa tercabar dengan sikap Wadi yang sambil lewa dan tidak berminat dalam pelajaran. Namun minat dan bakat Wadi terhadap bola sepak berjaya mengubahnya. Namun, selepas berlakunya insiden salah faham dengan Cikgu Amir, Wadi tidak mahu pergi ke sekolah lagi. Setelah dipaksa oleh Sena, Wadi berpura-pura pergi ke sekolah sehinggalah terjadinya insiden yang mengakibatkan dia bertindak melarikan diri dari rumah. Kehilangannya merisaukan Sena dan ibunya Kiambang sehinggalah Sena nekad untuk mencarinya.
Episod 1
Kehidupan orang Asli kaum bateq, keluarga Sena bersama anak-anaknya terutamanya Wadi. Wadi yang masih budak enggan ke sekolah tapi terpaksa. Cikgu Amir di Kuantan dapat khabar akan dipindahkan ke sekolah pendalaman. Kehadiran cikgu baru Cikgu Amir di sekolah itu yang baru mula menyesuaikan diri dengan keadaan di situ.
Episod 2
Kehidupan Cikgu Amir di sekolah baru, mengajar murid terutamanya terpaksa mengajar kelas anak-anak orang Asli. Sena diuji apabila enjin botnya hilang, menyukarkan dia untuk menghantar anak orang asli ke sekolah. Watak Jati, yang tidak suka dengan Sena & Cikgu Amir kononnya mereka mahu memodenkan orang asli.
Episod 3
Konflik Wadi yang tidak menyukai Cikgu Amir dan mula sabotaj segala yang Cikgu Amir lakukan. Ujibakat pemain bola sepak di sekolah, Cikgu Amir melihat Papa nada bakat sebagai penjaga gol. Bermulalah Wadi berubah, dan mula suka kepada Cikgu Amir. Namun, Sena tidak izinkan Wadi bermain bola kerana jadual Wadi yg sepatutnya memburu pada waktu petang.
Episod 4
Perlawanan bola sepak peringkat sekolah, Wadi berjaya memenangi pertandingan. Wadi terpilih untuk mewakili daerah pula dan Cikgu Amir juga dilantik sebagai jurulatih. Perlawanan di Kuantan, Wadi gagal menunjukkan prestasi sebenar, dan pasukannya kecundang. Wadi kecewa dan menyalahkan dirinya sendiri.
Episod 5
Sejak itu Wadi merajuk dan tak nak ke sekolah. Dia mula ponteng sekolah dan kantoi menyebabkan Sena semakin memarahinya dan memaksanya ke sekolah. Wadi semakin buat perangai menyebabkan Cikgu Amir terpaksa bertegas memarahinya. Wadi melarikan diri ke Kuantan. Hanya kawan baiknya, Kapak sahaja yang tahu pemergiannya.
Episod 6
Kehidupan Wadi di Kuantan menjadi gelandangan dan berkawan dengan budak gelandangan bernama Rudin. Mereka kais pagi makan pagi. Cari duit untuk makan dengan membersihkan kereta orang awam. Kapak terpaksa memberitahu Sena bahawa Wadi berada di Kuantan. Sena pun mengambil keputusan keluar dari kampung mahu mencari anaknya.