Seram Tak Seram (TV9)

Seram Tak Seram

Drama 'Seram Tak Seram' memaparkan pelbagai kisah misteri di sebalik barangan antik iaitu kereta, lampu suluh, telefon, pedang, topeng, radio, cincin emas batu delima, anak patung, basikal tua, seruling, kunci, mangkuk tingkat dan seterika antik. Saksikan 'Seram Tak Seram' pada setiap hari Khamis, pukul 9.30 malam di TV9.

JUDUL : SERAM TAK SERAM
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 24 Jun 2021
WAKTU SIARAN : Khamis, 9:30 malam
SIARAN TV : TV9
IDEAA  & KONSEP : Mas Ayu Haji  Ali
PENULIS SKRIP : Jeladin Jamal
PENGARAH : Thorpe Ali
PRODUKSI : Nafalia Corporation Sdn. Bhd
PELAKON : Jiggy Masin, Adam Corrie, Joey Daud, Didie Alias, Liza Abdullah, Afifah Nasir, Mia Nasir, Acong Sweetchild, Nasz Sally, Qazem Nor, Zarul Umbrella, Den Wahab, Dayang El, Yus Barat, Karena Sanjna

WATAK PELAKON
Jiggy Masin sebagai Sheikh Tahlul / Zainol
Adam Corrie sebagai Ah Meng
Joey Daud sebagai Kamil

SINOPSIS SERAM TAK SERAM
Mengisahkan tentang kisah di sebalik koleksi barang-barang antik yang dijual oleh seorang pemilik kedai bernama Sheikh Tahlul. 

Episod 1 - Ah Meng ialah seorang pembeli dan penjual kereta antik. Dia ingin membeli sebuah kereta antik daripada Kamil tetapi Kamil berat hati untuk menjualnya. Ini kerana Kamil sangat sayangkan kereta antiknya. Walaupun isteri Kamil turut meminta Kamil menjual keretanya. Pelbagai cara Ah Meng lakukan untuk mendapatkan kereta tersebut. Sanggup menunggu Kamil balik dari solat Isyak sehingga lewat malam untuk mendapatkan persetujuan Kamil. Tetapi sementara menunggu Kamil pulang, Ah Meng tersedar seperti ada satu misteri tentang kereta tersebut.

Episod 2 - Dr. Sofia tidak percaya kepada perkara misteri atau benda yang dia tidak nampak. Pada suatu hari, seorang peguam bernama Narodi menghubunginya untuk memberitahu yang dia telah mewarisi harta pusaka daripada keturunan yang tidak dikenalinya. Salah satu harta pusaka tersebut merupakan sebuah lampu suluh yang dikatakan boleh mengubah paras rupa seseorang jika tersuluh ke wajah.

Episod 3 - Khatijah ialah seoarang cucu kesayangan neneknya dan dia dihadiahkan sebuah telefon permainan. Tidak lama selepas itu, nenek Khatijah meninggal dunia dan dia berasa amat sedih. Pada suatu hari, ibu bapa Khatijah terdengar Khatijah berbual dengan telefon permainan dan mereka berasa risau apabila Khatijah seperti sedang berborak dengan arwah neneknya.

Episod 4 - Azhar ialah seorang penuntut seni silat dan Tok Gurunya berpesan jika dia ingin mendalami lagi ilmu silat, dia harus bertapa di dalam sebuah gua. Sewaktu bertapa, dia diganggu oleh makhluk misteri yang memegang sebilah pedang.

Episod 5 - Mengisahkan tentang Khalid yang berhadapan dengan dimensi dunia bunian di mana Bunga meminta pertolongan Khalid untuk menyelamatkan perkampungannya. Tetapi bantuan manusia tidak disenangi oleh seorang bunian bernama Dahan.

Episod 6 - Malik terjumpa sebuah radio lama di dalam stor. Apabila dipasang, ia masih mengeluarkan saluran radio. Tiba-tiba, penyampai di dalam radio memberi pesanan dan petunjuk kepada Malik untuk pergi mencari wanita yang pernah dicintainya sewaktu dia muda dahulu.

Episod 7 - Sayun sudah lama menjalinkan hubungan bersama kekasihnya namun tidak mempunyai duit yang cukup untuk berkahwin. Dia mengambil keputusan untuk menjadi seorang YouTuber untuk mencari duit. 

Episod 8 - Mak Yah menerima tempahan untuk menjahit sebuah anak patung yang terkoyak yang dimiliki oleh anak Roslan. Namun, patung tersebut sentiasa berubah-ubah tempat.

Episod 9 - Rahimah hidup tertekan apabila bapanya percaya bahawa sebuah basikal tua boleh bercakap dan mengawal hidupnya.

Episod 10 - Kawasan kejiranan diganggu dengan bunyi orang bermain seruling di waktu malam. Para penduduk cuba mencari punca bunyi seruling tersebut.

Episod 11 - Ramli yang bongkak dan sombong bahawa dia tidak takut berhadapan peristiwa mistik diuji apabila dia betul-betul berhadapan dengan peristiwa tersebut di dalam sebuah bilik hotel yang menggunakan sebentuk kunci istimewa.

Episod 12 - Liza memiliki sebuah mangkuk tingkat yang amat disayanginya kerana dia percaya ia memberi tuah kepadanya. Dia sentiasa membawa mangkuk tingkat itu ke mana-mana. Pada suatu hari, Liza telah diragut dan peristiwa misteri menggangu peragut itu.