Drama Ali Alia (Astro Prima)

Ali Alia

Nantikan drama bersiri 'Ali Alia' akan bersiaran di Astro Prima mulai 24 Ogos 2021, setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Prima.

JUDUL : ALI ALIA
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 24 Ogos 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 6:00 petang
SIARAN TV : Astro Prima
IDEA ASAL : Rina Khan
SKRIP : Farhana Fauri, Shida Zali, Heyrissa Heykal
PENGARAH : Heykal Hanifah
PRODUKSI : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
PELAKON : Fimie Don, Erynne Erynna, Rusdi Ramli, Faezah Elai, Faradhiya, Fahrin Ahmad, Rashid Jaafar, Sharifah Juairiah, Usop Wilcha, Sabrina Ali, Jay Iswazir, Kodi Rasheed, Mior Hashim Manap, Izzy Reef

WATAK PELAKON
Fimie Don sebagai Ali
Erynne Erynna sebagai Alia
Rusdi Ramli sebagai Amir
Faezah Elai sebagai Mazni
Fahrin Ahmad sebagai Hanif
Usop Wilcha sebagai Dato Khalil
Sabrina Ali sebagai Shila
Faradhiya sebagai Diana
Rashid Jaafar sebagai Pak Osman 
Sharifah Juairiah sebagai Maknah
Jay Iswazir sebagai Pian
Kodi Rasheed sebagai Zainal
Mior Hashim Manap sebagai Atok

SINOPSIS ALI ALIA
Memaparkan kisah kepincangan sebuah keluarga urban yang nampak mewah, hakikatnya mereka adalah sebuah keluarga yang ‘miskin’ dalam banyak perkara. Mazni dan Amir mempunyai sepasang anak kembar yang sudah remaja bernama Ali dan Alia. Ali dilahirkan normal, manakala Alia pula seorang remaja autistik. 

Autisme membuatkan Alia mengalami keterbatasan dalam banyak perkara, terutamanya kemampuan berkomunikasi. Mujur Alia mempunyai kembar, Ali, yang mampu memahami ‘percakapan’nya dengan baik, membuatkan Alia tidak boleh berjauhan dari Ali. Akibatnya, Ali terpaksa menjalani homeschooling bagi memudahkan kehidupan Alia yang bergantung padanya. Tapi Ali, tidak pernah mengeluh. Dia tahu, sebagai ‘abang’ dia harus bertanggungjawab dan memahami keperluan kembarnya yang autism.

Pada masa yang sama, ibu bapa mereka Mazni dan Amir juga mempunyai dilema mereka yang tersendiri. Mazni yang berjawatan tinggi dan disegani dalam sektor korporat, sudah tidak sanggup untuk terus meikul tanggungjawab sebagai breadwinner dalam keluarga. Manakala Amir pula semakin hari semakin hilang keyakinan diri apabila perniagaan yang telah dua tahun diusahakannya tidak membuahkan hasil. 

Segala permasalahan yang berlaku dalam keluarga ini menyebabkan pada suatu hari, Ali mengambil keputusan drastik untuk lari dari rumah dan membawa Bersama adiknya Alia. Namun dunia luar tidaklah seindah yang disangka, tambahan pula untuk insan autisme.