Astro First menampilkan sebuah filem suspen thriller penuh dengan plot dramatik dan konflik persahabatan, curang, skandel, tipu daya, dendam yang berakhir dengan satu tragedi, Tarantula X, bermula 16 Disember ini di Astro First, saluran 480.
Filem terbitan Kuasatek Pictures ini menghimpunkan barisan pelakon hebat seperti Vanida Imran, Adlin Aman Ramlie, Eman Manan, Namron, Mona Allen, Marissa Yasmin, Rashid Salleh, Jasper Supayah dan penampilan istimewa Datuk Yusof Haslam serta Adeline Tsen.
Tarantula X
Genre: Suspen Thriller
Tarikh Tayangan: 16 Disember 2021
Rangkaian: Astro First 480
Idea Asal: Mohd Noor Kadir
Skrip: Mohd Noor Kadir
Lakon Layar: Mohd Noor Kadir
Pengarah: Radzi Rajudin
Produksi: Kuasatek Pictures Sdn Bhd
Watak Pelakon
Adlin Aman Ramlie sebagai Anas
Vanida Imran sebagai Ayu
Eman Manan sebagai Asp. Anuar
Namron sebagai Adam
Marisa Yasmin sebagai Liza
Rashid Salleh sebagai Amir
Mona Allen sebagai Shima
Jasper Supayah sebagai Ain
Datuk Yusof Haslam sebagai Doktor Yusof Enstein
Adeline Tsen sebagai Insp. Wanita
Sinopsis Tarantula X
Mengisahkan tentang perempuan mata duitan, Shima (Mona Allen) yang suka menjalin hubungan sulit dengan lelaki berduit termasuk suami rakan-rakannya, Ayu (Vanida Imran) dan Liza (Marissa Yasmin). Apabila Adam (Namron) iaitu suami Ayu menjadi lumpuh dan berkerusi roda akibat serangan jantung, Shima beralih arah kepada suami Liza, Anas (Adlin Aman Ramlie). Sebagai sahabat baik kepada Adam dan Anas, Amir yang masih bujang (Rashid Salleh) mendamaikan mereka tetapi gagal. Tanpa pengetahuan Anas, isterinya (Liza) cuba menjodohkan Amir dengan Shima. Namun Shima menolak dan menghina Amir.
Modus-operandi Shima adalah mengambil “selfie” bersama pasangannya di atas katil dalam keadaan berbogel, lalu foto-foto tersebut dijadikan senjata untuk peras ugut mereka bagi mendapat wang yang dapat menampung kehidupan mewahnya. Apabila Anas ingin memutuskan hubungan, Shima mengugut untuk sebarkan gambar dan menuntut RM1 juta, dan itu mencetus kemarahan Anas.