Drama bersiri 15 episod 'Khilaf Asmara' diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd dibawah arahan Uchee Fukada, menampilkan pelakon utama Fattah Amin, Nelydia Senrose, Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad. Drama ini akan mula ditayangkan pada 18 April 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 10:00 malam di slot Samarinda TV3. Juga boleh ditonton menerusi platform penstriman Disney+ Hotstar Malaysia.
Khilaf Asmara
Episod: 15
Tarikh Tayangan: 18 April 2022
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3
Skrip: Siti Jasmina Ibrahim & Uchee Fukada
Pengarah: Uchee Fukada
Produksi: Radius One Sdn Bhd
Pelakon: Fattah Amin, Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Nelydia Senrose, Amy Mastura, Josiah Hogan, Rahim Jailani
Watak Pelakon
Fattah Amin sebagai Luqman Hazim
Nelydia Senrose sebagai Irma Sufia Amri
Fasha Sandha sebagai Sya Hanim Syarif
Fahrin Ahmad sebagai Aizad
Amy Mastura sebagai Wan Su
Rahim Jailani sebagai Dato Amri
Auni Zahra sebagai Tasya
Wan Raja sebagai Saiful
Jerry Zairudin sebagagi Ryzal
Lagu Tema
Amylea - Melepaskanmu
Shila Amzah - Khilaf Asmara
Seperti Dia - Adzrin
Sinopsis Khilaf Asmara
Aizad dan Hanim hidup bahagia sebagai suami isteri. Aizad ialah seorang suami yang penyayang dan juga seorang ayah yang bertanggungjawab kepada anak mereka. Hanim pula seorang wanita yang bercita-cita tinggi. Hanim membuat keputusan untuk menceburi bisnes setelah dia berjumpa dengan kawan lamanya, Irma, seorang pengusaha yang menjalankan bisnes berjaya dengan suaminya, Luqman. Namun lama-kelamaan, Hanim mula mempunyai perasaan dengan Luqman. Mereka berdua mula mengadakan hubungan sulit dan apabila rahsia itu terbongkar, Luqman kembali ke pangkuan isterinya. Luqman tidak bersikap serius dan dia tidak pernah mencintai Hanim. Bagaimanakah mereka berhadapan dengan niat sebenar masing-masing?
Episod 1 - Hanim dan Irma ialah adik beradik tiri. Mereka rapat sejak kecik apabila ayah Irma, Dato Amri berkahwin dengan makcik Hanim, Wan Su. Tetapi mereka dipisahkan apabila Wan Su meninggalkan suaminya dan membawa Hanim bersamanya. Kini, masing-masing telah berkahwin. Irma telah berkahwin dengan Luqman dan memiliki sebuah spa kecantikan. Hanim berkahwin dengan Aizat dan mempunyai seorang anak bernama Tasya. Hanim mula bekerja sebagai PA kepada Luqman. Sejak itu penampilan dan sikapnya mula berubah. Dia mula bersikap dingin dengan Aizat, malah dia mula menjalinkan hubungan sulit dengan Luqman.
Episod 2 - Irma berkahwin dengan Luqman, yang menjalankan perniagaan syarikat kepunyaan Dato Amri tetapi sebenarnya seorang ‘kaki perempuan’. Walaupun dahulu Irma pernah menyukai Aizat, namun tiada jodoh mereka. Irma mendapat bukti menunjukkan Luqman bersama seorang wanita. Irma merajuk dan pergi ke rumah Hanim. Hanim memujuk Irma agar mempercayai Luqman. Dato Amri dan Wan Su turut mula masuk campur dalam hal Irma dan Luqman. Irma sedih dengan takdirnya dan kecewa kerana masih belum dikurniakan cahaya mata. Sementara itu, perniagaan ‘food truck’ Aizat semakin berkembang. Sikap Hanim pula semakin dingin dengan suaminya. Dia kerap mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.
Episod 3 - Aizat mendapat tahu Hanim ada hubungan sulit dengan lelaki lain. Mereka bergaduh besar. Hanim menyalahkan Aizat kerana tidak mampu memberinya kemewahan. Hanim meninggalkan rumah. Tasya sedih kerana mamanya pergi begitu saja. Hanim mendesak Aizat segera menceraikannya. Aizat sedih kerana dia masih sayangkan isterinya itu. Wan Su cuba ‘memikat’ semula bekas suaminya, namun sebaliknya Dato Amri tidak menunjukkan minat untuk rujuk semula dengan Wan Su. Irma mengupah orang untuk mengekori suaminya. Ternyata Luqman tidak berubah. Irma mengikut jejak Luqman ke hotel dan dia amat terkejut apabila mendapati suaminya sedang bersama dengan kakak kesayangannya.