Drama bersiri Life Lila diterbitkan oleh Mermaid Studios dibawah arahan Liyana Jasmay bakal ditsiarkan menerusi slot Lestary TV3. Menampilkan lakonan Shasha Abedul, Aniq Suhair, Siti Hariesa dan Nia Atasha. Life Lila bersiaran mulai 21 Januari 2022, setiap Isnin hingga Rabu jam 9 malam di TV3 dan Disney+ Hotstar.
Life Lila
Episod: 13
Tarikh Tayangan: 21 Januari 2022
Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / Disney+ Hotstar
Idea Asal: Adriana Jasmay
Penulis Skrip: Faten Syamimie
Pengarah: Liyana Jasmay
Produksi: Mermaid Studios Sdn Bhd
Pelakon: Shasha Abedul, Nia Atasha, Siti Hariesa, Aniq Suhair, Nik Rifa'ie, Marisa Yasmin, Razak Ahmad, Dilla Ahmad, Ariana
Watak Pelakon
Shasha Abedul sebagai Lila
Aniq Suhair sebagai Zack
Nia Atasha sebagai Bibi
Siti Hariesa sebagai Aina
Nik Rifa'ie sebagai Jeff
Dilla Ahmad sebagai Julia
Dhuha Mansor sebagai Udin
Ariana sebagai Maria
Sinopsis Life Lila
Mengisahkan Lila, seorang selebriti media sosial yang bekerja di syarikat kosmetik, Glow and Glo. Lila terlalu obses dengan perkongsian di platform media sosial sehingga mengambil sikap mengambil mudah terhadap orang sekelilingnya.
Kehidupan peribadi Lila dan teman lelakinya, Jeff yang sering dipaparkan di laman media sosial mula menimbulkan rasa muak pada Jeff. Tambahan lagi dengan sikap Lila yang tidak menjaga penampilannya sejak menerima tawaran review makanan. Lila juga mula bersikap tidak serius di tempat kerjanya dan selalu lambat datang bekerja. Lila menganggap pelanggan yang datang ke kedai hanya kerana mahu melihatnya.
Akhirnya, Lila diberhentikan kerja serta-merta, ditinggalkan oleh Jeff dan dihalau keluar oleh rakan serumahnya, Maria kerana selalu lambat membayar sewa rumah. Tanpa tempat untuk dituju, Lila mengambil keputusan untuk pulang ke kampung.
Kepulangan Lila disambut baik oleh ibunya, Julia dan bekas kawan baiknya, Aina. Hubungan Lila dan Aina menjadi renggang kerana Aina tidak mengikuti Lila sambung belajar di bandar. Lila masih menyimpan perasaan marah terhadap Aina yang membuat keputusan untuk tinggal di kampung. Tambahan pula, Aina sudah mempunyai kawan baik baharu iaitu Bibi.
Lila terkejut dengan berita ibunya akan berkahwin dengan ayah Aina, Pak Ajis. Dia bakal menjadi adik-beradik dengan Aina. Selain itu, Lila juga didatangi dengan Zack, bekas teman lelakinya tetapi Lila malu dengan Zack yang sentiasa dipenuhi dengan lumpur.
Lila kembali menjadi tumpuan orang kampung yang teruja ingin mengetahui projek rahsianya. Tidak mahu kehidupannya di bandar terbongkar, Lila terpaksa berpura-pura dan terus berlakon untuk menjayakan projek organic beauty.
Pak Ajis amat teruja kerana projek tersebut mempromosikan hasil tanaman kampung dan bakal mengharumkan nama kampung. Jadi, Pak Ajis selaku ketua kampung telah memberi sokongan penuh kepada Lila. Apakah akan berlaku seterusnya? Dapatkah Lila menyembunyikan rahsianya?