Drama Bunga Hati merupakan adaptasi novel karya Liza Ali diarahkan oleh Jamal Khan dan Che Mie. Dibintangi oleh Intan Najuwa, Redza Rosli, Erwin Dawson, Fauziah Ahmad Daud dan ramai lagi. Drama Bunga Hati akan disiarkan menerusi slot MegaDrama - Astro Ria pada 10 Januari ini, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.
Bunga Hati
Episod: 20
Tarikh Tayangan: 10 Januari 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria slot Megadrama
Penulis Skrip: Liza Ali
Pengarah: Jamal Khan, Che Mie
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd
Watak Pelakon
Intan Najuwa sebagai Dilaila
Redza Rosli sebagai Amer
Erwin Dawson sebagai Joshua
Fify Azmi sebagai Jessila
Nafiez Zaidi sebagai Luqman
Fauziah Ahmad Daud sebagai Salimah
Lydiawati sebagai Noraini
Zulkifli Ismail sebagai Razak
Fazziq Muqris sebagai Farizan
Halmey Hamdah sebagai Datuk Sulaiman
Azlynan sebagai Datin Zurina
Haifaa Nadirah sebagai Rita
Hanan Hassan sebagai Mak Som
Illey Mohtada sebagai Fidah
Sherry Al-Jeffri sebagai Maria
Sara Jasmine sebagai Elina
Bazly Hanif sebagai Gaban
Pessha sebagai Idrus
Tengku Hamidah sebagai Nek Tijah
Lagu Tema (OST)
Lagu: Berakhirlah Pencarianku
Artis: Hafiz Suip & Ernie Zakri
Komposer: Dato A'Aida
Lirik: Ikhwan Fatanna & Wan Saleh
Sinopsis Bunga Hati
Dilaila merupakan seorang gadis yang ceria, gigih dan optimistik walau pun masa kanak-kanaknya tidak seindah orang lain. Dilaila dilahirkan tanpa pengetahuan bapanya, Sulaiman yang sudah menceraikan ibunya, Salinah ketika dia di dalam kandungan.
Dilaila diserahkan oleh Nek Tijah kepada Salimah untuk dijaga dan menjadi galang-ganti kepada Luqman, anak kandung Salimah yang cacat. Salimah terlalu bencikan Luqman hingga sanggup menderanya kerana dendam kepada bekas suaminya Talib.
Dilaila tidak gentar untuk mempertahankan Luqman setelah Nek Tijah meninggal dunia dan menjaga Luqman penuh kasih sayang. Percintaan Dilaila dengan Amer yang baru berputik, telah mendapat tentangan keras daripada Noraini yang membenci Salimah.
Bagaimanapun Razak sukakan Dilaila dan mahu Dilaila menjadi menantunya. Kawan baik Dilaila iaitu Jessila dalam diam menyukai Amer dan sanggup buat apa saja untuk memiliki Amer. Noraini berkomplot dengan ibu Jessila untuk menghalang hubungan Dilaila dengan Amer.
Dengan bantuan Razak, Dilaila hantar Luqman ke Pusat Jagaan OKU dan di situ dia bertemu Doktor Joshua yang telah jatuh cinta padanya. Malang bagi Dilaila apabila Luqman akhirnya meninggal dunia kerana sakit tetapi sebenarnya dibunuh secara tak sengaja oleh Gaban.
Noraini cuba membunuh Salimah dan Dilaila dengan mengupah orang membakar rumah mereka tetapi gagal. Salimah dan Dilaila keluar dari kampung demi keselamatan mereka. Noraini ambil peluang paksa Amer kahwin dengan Jessila. Selepas tiga tahun, Salimah dan Dilaila kembali ke kampung dan membina hidup baru. Mereka dapat membina rumah baru dengan bantuan Razak. Sulaiman secara rahsia telah menampung segala kos pembinaan.
Dilaila bertemu kembali dengan bapa kandungnya, Sulaiman yang merupakan usahawan jutawan. Amer cuba meraih kembali cinta Dilaila. Ternyata sikap Amer penuh tipu daya dan berpura-pura hilang akal dan telah didedahkan oleh Farizan, kawan baik Amer yang ada muslihat mahukan Dilaila. Noraini dan Razak merayu agar Dilaila menerima Amer kembali demi memulihkannya.
Antara kasih dan kasihan, Dilaila terpaksa membuat pilihan sama ada Joshua atau Amer sebagai teman hidupnya.