Drama bersiri ‘Lockdown 2’ terbitan U2 Media Sdn Bhd memaparkan kisah masyarakat yang terpaksa menempuhi cabaran-cabaran selepas negara dilanda wabak Covid-19 dan impaknya terhadap kehidupan setiap manusia.
Drama yang penuh dengan pengisian kisah benar ini mengangkat nama-nama barisan pelakon yang hebat seperti Janna Nick, Rozita Che Wan, Shera Aiyob, Zahiril Adzim dan Amerul Affendi yang mampu membuka mata masyarakat tentang usaha pihak frontliners kita yang sudah bersusah-payah menyelamatkan negara.
Drama ‘Lockdown 2’ merupakan arahan sutradara Izuan Mokhtar dan ditulis oleh pengarah hebat, Erma Fatima. Akan mula ditayangkan bermula 6 Jun 2022 pada setiap hari Isnin, jam 11.00 malam di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Lockdown 2
Episod: 20
Tarikh Tayangan: 6 Jun 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 11:00 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro Go
Skrip: Erma Fatima
Pengarah: Izuan Mokhtar & Ain Sharif
Produksi: U2 Media Sdn Bhd
Pelakon: Janna Nick, Rozita Che Wan, Dini Schatzmann, Wan Maimunah, Elvina Mohamad, Shahz Jaszle, Elly Mazlein, Rosnah Mat Aris, Iqram Dinzly, Fify Afrina, Zulaika Zary, Nabila Razali, Syed Iqmal, Zahiril Adzim, Shera Aiyob, Sabhi Sadhi, Natasha Elyzza, Ellie Suriaty, Rosdeen Suboh, Mimi Ernida, Amerul Affendi, Dto Ahmad Tarmimi Siregar, Aida Khalida, Uyaina Arshad
Watak Pelakon
Janna Nick sebagai Lola
Rozita Che Wan sebagai Kak Sal
Shera Aiyob sebagai Fitrah
Zahiril Adzim sebagai Ramadhan
Amerul Affendi sebagai Kamarul
Mimi Ernida sebagai Mariam
Wan Maimunah sebagai Tok Ma
Dini Schatzmann sebagai Kimie
Zulaika Zary sebagai Akila
Sabhi Saddi sebagai Hadi
Rosdeen Suboh sebagai Radhi
Ellie Suriaty Omar sebagai Lisa
Sinopsis Lockdown 2
Mengisahkan kehidupan empat buah keluarga dalam menghadapi impak Covid-19 sepanjang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam situasi yang berbeza.
Cerita pertama mengisahkan Kak Sal yang terpaksa menghadapi cabaran berdepan dengan pandemik dengan perangai anak-anaknya yang sentiasa tidak mendengar kata serta dia terpaksa menjaga ibunya yang sudah tua.
Kisah kedua drama ini berkisar tentang Fitrah dan Ramadhan, sebuah pasangan suami isteri yang bertugas sebagai ‘frontliner’ ketika Covid-19. Peningkatan kes Covid-19 dalam masyarakat Malaysia mengakibatkan kesemua hospital penuh dengan pesakit-pesakit yang djiangkiti, termasuklah ibu bapa Fitrah yang juga positif Covid. Fitrah yang sedang hamil tidak sedar yang dirinya telah dijangkiti virus berbahaya ini sehingga akhirnya meragut nyawanya.
Kisah seterusnya berkisar tentang Radhi yang sangat pentingkan diri apabila dia mengelak daripada memberitahu orang sekelilingnya bahawa dia telah dijangkiti oleh virus ini dan masih pergi berniaga dan berjumpa ‘Reseller’. Kamarul pula yang berniaga di pasar malam tidak dapat berniaga oleh kerana PKP. Dia juga dijangkiti virus merbahaya ini daripada Radhi sehingga akhirnya membawa kepada kematian isterinya sendiri yang sedang sarat mengandung ketika dia berkuarantin di rumah walaupun dia sangat menjaga SOP kerana tidak mahu berjauhan daripada isterinya yang bakal melahirkan anak mereka dalam masa dua minggu.