Sinopsis Filem 35mm

35mm

Pengarah muda berbakat besar yang telah menggegarkan industri filem tempatan pada tahun 2020 dengan hasil karyanya, Mael Totey The Movie iaitu Syahmi Sazli kembali mempertaruhkan filem keduanya iaitu 35mm. Menariknya, filem 35mm bukan sahaja mempertaruhkan jalan cerita yang berkonsepkan pengembaraan masa atau ‘time travel’, malah turut padat dengan aksi mendebarkan dan hasil produksi berkualiti tinggi dengan penggunaan teknik CGI. Ini sekali gus menyaksikan kemampuan Syahmi Sazli sebagai pengarah kreatif dalam menghasilkan filem.

Idea asal 35mm adalah daripada Syahmi Sazli sendiri dan menerusi filem berdurasi 1 jam 47 minit ini, beliau cuba membawa penonton mengimbau evolusi dan budaya masyarakat tempatan dari zaman Dinasti Cina, kemudian memasuki zaman jajahan Jepun dan British, era kegemilangan sukan badminton pada tahun 90an, imbau kenangan aktiviti zaman kanak-kanak sebelum hadirnya pelbagai teknologi. Ia juga bagi membuatkan ceritanya lebih mudah untuk diikuti dan difahami.

Manakala teraju utama yang menggerakkan watak-watak adalah Syahmi Sazli, Yoe Parey dan Asif Suhaimi. Meskipun sarat dengan babak aksi namun watak mereka pasti tidak akan menghampakan penonton dengan selingan adegan-adegan komedi yang mencuit hati. Malah nilai persahabatan di antara mereka turut diterapkan. Selain mereka antara yang membintangi filem 35mm adalah Kenji Sawahii, Puteri Kapitan Hung, Hushairy Hussein , Melanie Tan, Ainul Yakin, Mohammad (Abe Mat), Xing Hu, MN Badri, Wea Selamos, Mamu Abu dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk melanggan 35mm Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21
Jun 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On
Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Tajuk: 35mm

Genre: Pengembaraan, Fantasi, Komedi
Pengarah: Syahmi Sazli & Senibayan
Produksi: Nine Flix Production Sdn Bhd
Skrip: Senibayan
Cerita Asal: Syahmi Sazli
Lakon Layar: Syahmi Sazli & Senibayan
Tarikh Tayangan di Astro First: 21 Jun 2022

Watak Pelakon
Syahmi Sazli sebagai Syahmi
Asif Suhaimi sebagai Asif
Yoe Parey sebagai Yoe
Kenji Sawahii sebagai Kapitan Hung
Puteri Kapitan Hung sebagai Katherin Teng
Melanie Tan sebagai Pengiring Puteri Kapitan Hung
Ainul Yakin sebagai Pengiring Puteri Kapitan Hung
Mohammad (Abe Mat) sebagai Mahaguru Cina
Xing hu sebagai Isteri Mahaguru Cina
MN BadrivMejar Fujikura
Wea Selamos sebagai Buang (Talibarut Jepun)
Mamu AbuvMat (Talibarut Jepun)
Cg.Yaakob Abd. Aziz sebagai Sir Mac Mouse
Dr.Andika Aziz sebagai Sir J. Cowly
Hushairy Hussein sebagai Bahadur
Mukhtar (Pok Tar) sebagai Pok Tar
Nawi Mohd sebagai Talibarut British
Abrar sebagai Talibarut British
Epul sebagai Talibarut British

Sinopsis 35mm

35mm mengisahkan tentang tiga sahabat, Syahmi, Asif, Yoe yang terperangkap dalam penggambaran ke beberapa zaman berlainan selepas membeli sebuah kamera antik. Antara zaman yang dilewati adalah pada tahun Dinasti Cina, zaman jajahan Jepun, pemerintahan British. Setiap era yang dilewati pasti mempunyai cabaran yang perlu mereka hadapi bagi meloloskan diri. Apabila mereka berada di tahun 1997, Yoe merasa hiba kerana buat pertama kali berjumpa ibu bapanya. Namun mereka perlu kembali di tahun 2020 walau apa cara sekalipun. 

Lagu Tema (OST)

"Munajat Suci”
Lirik/Lyric :Datuk  Zaidi Mohd. Said
Lagu/Composer:Didi Syahputra & Datuk Zaidi Mohd.Said
Penyanyi / Singer: Fajar Feat Didibiola
Hakcipta /Copyright : Datuk Zaidi Bin Mohd Said 

“ Mekar Di Jiwa”
Lirik /Lyric :   X-Ray
Lagu/Composer :  X-Ray
Penyanyi (cover) / Singer (cover) : Emie Sukmasari
Penyanyi Asal / Original Singer : X-Ray
Album : Sungguh Tak Ku Sangka (1997)
Record Label : Rock Records (M) Sdn.Bhd

“ Geweku Ore Kelate”
Lirik/Lyric : Emie Sukmasari / Sai Kamal
Lagu/Composer: Emie Sukmasari
Penyanyi / Singer:  Emie Sukmasari Feat Sai Kamal
Produksi / Production : Syahmi Sazli Production Sdn Bhd