Filem cereka tempatan 'Spilt Gravy / Ke Mana Tumpahnya Kuah' merupakan sebuah adaptasi Spilt Gravy On Rice karya Allahyarham Jit Murad yang asalnya dipentaskan di The Actors Studio, Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur pada 2002.
Filem genre komedi gelap ini merupakan arahan sulung Zahim Albakri dan menampilkan Dato’ Rahim Razali, Na’a Murad, Bernice Chauly, Sean Ghazi, Juliana Ibrahim dan Dato’ Zahim sendiri sebagai watak utama, dibantu oleh ramai pelakon pentas terkenal, TV dan personaliti filem.
Jangan lupa menonton filem Spilt Gravy / Ke Mana Tumpahnya Kuah di pawagam bermula 9 Jun 2022.
Spilt Gravy: Ke Mana Tumpahnya Kuah
Genre: Komedi gelap
Tarikh Tayangan: 9 Jun 2022
Pengarah: Zahim Albakri
Produksi: ZSA Productions
Pelakon: Dato’ Rahim Razali, Zahim Albakri, Sean Ghazi, Na’a Murad, Bernice Chauly, Juliana Ibrahim, Bernie Chan, Carliff Ridzwan Carleel, Joelah Charles, Junji Delfino, Amerul Affendi, Nam Ron, Harith Iskander, Dara Othman, Ida Nerina, Melissa Saila, Sabrina Hassan, Diana Danielle, Nanu Baharudin
Sinopsis Spilt Gravy Ke Mana Tumpahnya Kuah
Berkisar mengenai sebuah keluarga Melayu kelas pertengahan atas yang agak porak peranda.
Bapak (Rahim Razali) merasakan bahawa dia tidak lagi mempunyai masa yang panjang, jadi dia menjemput kesemua anak anaknya untuk makan malam petang berikutnya untuk membincangkan mengenai wasiat, di mana sebahagian besarnya adalah tentang rumah keluarga yang meliputi beberapa ekar di pusat bandar Kuala Lumpur itu.
Satu lawatan tidak dijangka oleh dua orang asing menyebabkan Bapak menukar rancangannya dan menyegerakan makan malam di hari itu juga. Dia mengirimkan pesanan untuk anak anaknya tetapi mampukah mereka semua menerima mesej itu?