Nantikan drama bersiri 'Suri Hati' menampilkan lakonan Nadia Brian, Puteri Sarah Melanie Tan dan Adrianna Adnan akan bersiaran pada 12 Oktober ini, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di slot Samarinda TV3 atau boleh menontonnya di platform penstriman Viu.
Suri Hati
Episod: 20
Tarikh Tayangan: 12 Oktober 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Viu
Penulis Skrip: Amaz Mazilan
Pengarah: Azhar Khalid (Apache)
Produksi: Million Pictures Sdn Bhd
Lagu OST
Sepi - Aina Abdul
Sudah Tentu -Yazmin Aziz
Watak Pelakon
Nadia Brian sebagai Laila
Adriana Adnan sebagai Suraya
Puteri Sarah Liyana sebagai Sarah
Melanie Tan sebagai Atikah
Fahrin Ahmad sebagai Marzuki
Ikhwan Khairudin sebagai Hakim
Carissa Azhar sebagai Marissa
Malek Mccrone sebagai Azlan
Aryana Amani sebagai Zahra
Faiz Shafie sebagai Adam
Ameerul Asyraf sebagai Khader
Shakilla Khoriri sebagai Irma
Nadia Kesuma sebagai Puan Hasnah
Faizul Syaharin sebagai Mr Burn
Shajiry Damery sebagai Kamal
Aisar Khaled sebagai Reza
Sandra sebagai Nira
Qistina sebagai Intan
Nazlinda Yusof sebagai Marlia
Nu'man sebagai Encik Zaki
Badrul Muhayat sebagai Tuan Aiman
Sinopsis Suri Hati
Empat orang sahabat iaitu Sarah, Laila, Suraya dan Atikah mempunyai misi untuk mencari kebahagiaan di dalam kehidupan mereka yang penuh dengan konflik. Namun, perasaan dendam kian membara sehingga memakan diri. Dapatkah mereka mengatasi kebencian demi kebahagiaan yang diidamkan?
Sarah (Puteri Sarah Liyana) mengalami masalah rumah tangga sehingga bercerai dengan suaminya yang panas baran. Setelah bercerai, Sarah membuka sebuah cafe dan mula berkenalan dengan seorang duda bernama Hakim, namun pertelingkahan berlaku apabila orang terdekat mula membantah hubungan mereka.
Laila (Nadia Brian) seorang wanita yang berkerjaya mengalami masalah tekanan emosi disebabkan trauma yang dialaminya pada usia yang sangat muda. Keadaan tersebut membuat hidup Laila penuh dendam dan tidak suka melihat kebahagiaan orang lain termasuk rakan-rakannya.
Suraya (Adriana Adnan) seorang suri rumah impikan kehidupan yang bahagia selepas berkahwin bersama seorang duda anak satu. Namun kehidupannya diuji apabila anak tirinya, Marissa tidak dapat menerima beliau selaku ibu tiri dan suaminya Marzuki (Fahrin Ahmad) mula curang dengan kekasih lamanya.
Atikah (Melanie Tan) seorang wanita yang ceria dan ingin mencari cinta. Bagi Atikah, kebahagiaan terletak dalam cinta sejati. Namun, kisah cinta Atikah tidak menentu dimana beliau mengalami situasi bercinta, bertunang dan melangkah masuk ke alam perkahwinan dengan individu yang berlainan. Ini membuatkan rakan-rakannya keliru dengan sikap Atikah.
Mampukah mereka menggapai kebahagiaan yang dicari? Mungkinkah persahabatan mereka selamat daripada diracuni oleh sifat cemburu?