Sinopsis Filem Don Dukun

Don Dukun

Astro Shaw dengan kerjasama Infinitus Productions dan GSC tampil dengan filem komedi seram 'Don Dukun' yang akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 31 Oktober ini. Don Dukun menyaksikan pelakon filem box office Sheriff, iaitu Zul Ariffin mempertaruhkan sisi humor menerusi watak Don Arif, bergandingan bersama pelakon komedi popular Ropie.

Don Dukun

Genre: Komedi, Seram
Tarikh Tayangan: 31 Oktober 2024
Cerita Asal: Zain Azrai, Reservoir World Sdn Bhd
Penulis Skrip: Junad M.Noor & Amin Shaki
Pengarah: Waan Hafiz
Produksi: Infinitus Productions Sdn Bhd
Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd

Watak Pelakon
Zul Ariffin sebagai Don Arif
Ropie Cecupak sebagai Jaafar
Douglas Lim sebagai Aloysius
Sangeeta Krishnasamy sebagai Dr Divya
Datuk Yusof Haslam sebagai Pak Samad
Marsha Milan sebagai Datin Azizah
Putri Qaseh Izwandy sebagai Laila
Sharifah Aryana sebagai Mia
Serra Kamal sebagai Leona
Aloy Paradoks sebagai Maarof
Cassia Iman sebagai Alya
Sharifah Husna sebagai Suraya
Rashidi Ishak sebagai Datuk Zainal
Lousia Chong sebagai Puan Chin
Elly Arifin sebagai Halimah Hassan
Zarina Anjoulie sebagai Bomoh Janda

Sinopsis Don Dukun

Mengisahkan Don Arif, seorang ‘dukun instafamous’ yang bercita-cita menjadi dukun hebat seperti ahli keluarganya yang lain hingga sanggup menggunakan gimik serta tipu helah dan dihalang oleh ayahnya sendiri dari mendalami ilmu keramat keluarga mereka.

Datang seorang janda kaya menawarkan habuan lumayan untuk memulihkan anak tirinya yang meletakkan Don Arif dalam situasi persaingan dengan bomoh-bomoh lain sekaligus perlu berhadapan dengan ancaman kuasa gelap demi menyelamatkan nyawa si anak tiri.

Don Arif sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi dukun hebat dan terkenal seperti ahli keluarganya yang lain, termasuk menggunakan tipu helah, Dengan bantuan orang kanannya, Jaafar, Don Arif mengatur gimik demi meraih populariti di sosial media.

Ayahnya, Pak Samad, tidak bersetuju dengan cara Don Arif dan menghalangnya dari mendalami ilmu kitab keramat keluarga mereka.

Muncul Datin Azizah, seorang janda kaya, yang menawarkan sejuta ringgit kepada Don Arif untuk memulihkan anak tirinya, Laila.

Namun begitu, Don Arif perlu bersaing dengan Aloysius, bomoh yang boleh berkomunikasi dengan roh, dan Dr. Divya, pemburu hantu moden.

Semua usaha mereka untuk mengusir jin yang merasuk Laila gagal dan Laila menjadi lebih agresif! Don Arif kemudiannya dikejutkan dengan satu rahsia silam yang mematahkan semangatnya lalu mengundurkan diri dan melepaskan tawaran lumayan Datin Azizah.

Sehinggalah Don Arif mendapat inspirasi dari anaknya sendiri serta restu dari Pak Samad yang menyuntik semula semangat dalam dirinya.

Don Arif kembali nekad untuk membantu Laila. Don Arif berjaya mengusir jin yang merasuk Laila dan kemenangannya itu membongkar kuasa gelap yang lebih dahsyat. Situasi jadi lebih mencemaskan dan kali ini Don Arif hampir tewas.

Dengan bantuan Aloysius dan Dr. Divya serta ilmu yang baru dikuasainya, Don Arif meneruskan perjuangan menghapuskan kuasa gelap demi menyelamatkan nyawa Laila.