Drama bersiri 'Pengantin Pasti Jadi' diterbitkan oleh Creative Skill Solution yang diarahkan oleh Ayie Mustafa dan Kyoll Hamzah. Membawakan gandingan baharu Ali Reza dan Asha Merican yang memegang watak utama. Drama Pengantin Pasti Jadi bersiaran mulai 11 Julai 2024, setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam di slot Lestary TV3. Strim episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton melalui www.tonton.com.my. Anda juga boleh muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.
Pengantin Pasti Jadi
Episod: 20
Tarikh Tayangan: 11 Julai 2024
Waktu Siaran: Khamis - Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Nieza Nahar
Pengarah: Ayie Mustafa & Kyoll Hamzah
Produksi: Creative Skill Solution
Watak Pelakon
Ali Reza sebagai Raid Amzan
Asha Merican sebagai Nureen Hasha
Cinta Aiyuni sebagai Zara
Daniesh Suffian sebagai Fikri
Riesha Aslan sebagai Irina
Ungku Hariz sebagai Ben
Faye Kusairi sebagai Puan Sri Izan
Lana Nodin sebagai Seri Hanim
Khaty Azian sebagai Datin Hasnah
Sera Melissa sebagai Nadra
Wawa Azuwar sebagai Ida
Shyrim Husni sebagai Norman
Ana Dahlia sebagai Afida
Fieza Hanafie sebagai Datin Rose
Zizi Hazirah sebagai Secretary Nureen
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Tic Tac Toe
Penyanyi: Amir Mirza
Lirik: Iqie Hugh
Komposer: Iqie Hugh
Sinopsis Pengantin Pasti Jadi
Mengisahkan perjalanan hidup Raid Amzan (Ali Reza) dan Nureen (Asha Merican) yang masing-masing ditinggalkan pasangan pada hari pernikahan mereka. Kedua-dua perkahwinan mereka itu diatur oleh ibu mereka iaitu Seri Hanim (Lana Nordin) ibu kepada Nureen manakala Datin Hasnah (Khaty Azian), ibu Raid.
Dek kerana masing-masing terjebak dalam situasi tragedi “Pengantin Tak Jadi” ini, ia menjadi tular. Susulan itu, Raid dan Nureen memutuskan untuk pergi bercuti tanpa dirancang. Mereka bercuti di tempat yang sama dan dalam percutian tersebut, mereka bertemu buat pertama kali. Sejak dari pertemuan pertama mereka telah mula bertengkar, ada sahaja situasi yang tidak menyenangkan berlaku setiap kali mereka bertembung. Namun, tanpa mereka sedari, kemesraan mula berputik sehingga membuatkan mereka ingin mengenali hati budi dengan lebih dekat.
Sekembali ke Kuala Lumpur, Raid menawarkan Nureen menjadi guru peribadi kepada anak buahnya, Tia yang berusia 6 tahun. Hubungan antara mereka bertiga semakin akrab, dan akhirnya cinta antara Raid dan Nureen mula bersemi.
Walaubagaimanapun, keakraban mereka tidak direstui oleh Datin Hasnah dan Seri Hanim yang mencetuskan konflik untuk memisahkan mereka. Berikutan itu, Norman (Shyrim Husni) ayah kepada Nureen melibatkan diri dan membawa Raid dan Nureen untuk dinikahkan di kampungnya. Namun, kekecohan berlanjutan apabila Datin Hasnah serta Seri Hanim mengetahui tentang pernikahan tersebut, sehinggalah Norman campur tangan dan mendapat sebulat suara daripada Datin Hasnah dan Seri Hanim bagi merancang majlis persandingan mereka secara besar-besaran, tetapi konflik terus berlaku.