Drama siri premium Astro Originals 'Projek: High Council' karya Anwari Ashraf membawa kisah fiksyen yang diinspirasikan daripada kisah benar yang pernah terjadi di Malaysia yang mana negara digemparkan dengan isu kumpulan gangster High Council di sebuah sekolah berasrama penuh.
High Council membariskan para pelakon baharu yang berbakat serta berpengalaman daripada pelbagai latar termasuk Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Naim Daniel, Yusof Hashim, Daiyan Trisha, Sazzy Falak, Ben Tan, Sathisvaran M Magesvaran, Kahoe Hon, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Ameer Asyraf, Muzayyin Mahyuddin, Hazeeq Dean, Aida Aris, Azhar Sulaiman dan Edika Yusof.
Saksikan High Council secara strim di Astro On Demand atau Astro Go setiap Sabtu bermula 14 Januari dan Astro Ria saluran 104 bermula 23 Januari, setiap Isnin, jam 9.00 malam.
Projek: High Council
Episod: 10
Tayangan di Astro Go: 14 Januari 2023
Tayangan di Astro Ria: 23 Januari 2023
Penulis Skrip: Anwari Ashraf
Pengarah: Anwari Ashraf & Zulaikha Zakaria
Produksi: Pasal Productions Sdn Bhd
Lagu OST:
Kudrat - Naim Daniel & SOG
Test Drive - Firdaus Rahmat
Watak Pelakon
Mierul Aiman sebagai Fakhri
Nadhir Nasar sebagai Naim
Amir Ahnaf sebagai Kahar
Naim Daniel sebagai Ayam
Kahoe Han sebagai Jayden
Ameer Asyraf sebagai Fahmi
Yusof Hashim sebagai Amerr
Fazziq Muqris sebagai Zahrin
Sathis Varan sebagai Prakash
Fadhli Masoot sebagai Hakeem
Hazeeq Dean sebagai Ariz
Daiyan Trisha sebagai Mia
Ben Tan sebagai Mr Sin
Sazzy Falak sebagai Puan Faniza
Sinopsis Projek High Council
Berkisarkan tentang dua beradik, Fakri dan Naim yang telah terpisah sejak mereka masih kanak-kanak dan bertemu semula di Kolej Ungku Dramat (KUDRAT), sebuah sekolah asrama berprestij tinggi. Mereka berdua memasuki gelanggang "Pilihanraya", sebuah pertandingan tradisi yang dilangsungkan secara sulit dan diseliakan oleh "High Council". Pemenang "Pilihanraya" akan dianggap sebagai pelajar paling berkuasa di KUDRAT.
Demi niat untuk berubah pada usia 15 tahun, Fakhri iaitu seorang pelajar yang bijak tetapi sering terlibat dalam pergaduhan, telah diterima untuk memasuki sebuah sekolah asrama berprestij tinggi. Namun, apabila Fakhri merungkai rahsia di sebalik tradisi sekolah tersebut, secara tidak langsung telah menjadikan dia sasaran utama pelajar-pelajar yang ingin memanjat heiraki High Council.
Nekad untuk menghentikan segala ketidakadilan dan salah guna kuasa yang berlaku di kalangan pelajar, Fakhri memasuki gelanggang ‘plihanraya’, pertandingan yang dilangsungkan secara sulit untuk menentukan ‘kepala’ di sekolah tersebut. Walaupun dia tahu pilihannya itu bakal berhadapan dengan sesuatu yang terlalu sukar buatnya, berjayakah Fahkri merebut takhta menjadi ‘kepala’? Apakah yang kesukaran yang bakal dia depani demi mencapai matlamatnya?