Nantikan drama Serpihan Sayang akan mengisi slot Samarinda TV3. Drama genre psycho thriller arahan Amor Rizan terbitan Padi Pictures Sdn Bhd. Menampilkan pelakon seperti Aeril Zafrel, Fasha Sandha, Elisya Sandha dan Shahz Jaszle.
Serpihan Sayang akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 22 Februari 2023, jam 10.00 malam melalui saluran TV3 serta turut boleh distrim menerusi tonton.com.my atau aplikasi tonton. Drama ini turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran TV.
Serpihan Sayang
Episod: 15
Tarikh Tayangan: 22 Februari 2023
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / iQIYI / tonton
Penulis Skrip: Amor Rizan & Saiqa Auriza
Pengarah: Amor Rizan
Produksi: Padi Pictures Sdn Bhd
Lagu OST: Penipu - Shazz
Watak Pelakon
Fasha Sandha sebagai Nadia
Aeril Zafrel sebagai Imran
Shahz Jaszle sebagai Syakir
Elisya Sandha sebagai Alisa
Zarina Zainoordin sebagai Marina
Zizan Nin sebagai Razak
Tallisya sebagai Nina
Nick Syaf sebagai Mario
Amirul Asyhwad sebagai Asyraf
Ameerul Asyraf sebagai Malik
Nazzaty Rusli sebagai Farah
Syel Ramlan sebagai Mak Imran
Auni Zahra sebagai Yaya
Adam Darwisyh sebagai Abang
Syed Muhammad Irfan sebagai Adik
Adam Darwisyah sebagai Haziq
Sinopsis Serpihan Sayang
Kemalangan yang tak diundang telah mengubah hidup Nadia apabila ianya meragut nyawa anak yang masih dalam kandungannya. Tragedi itu telah mengakibatkan Nadia menghidap Postpartum Psikosis.
Nadia dan adiknya, Alisa tinggal bersama suami Nadia, Syakir. Nadia sering berjumpa dengan doktor psikiatri untuk mendapatkan rawatan terapi dan Syakir juga sentiasa mengambil berat akan kesihatan isterinya. Namun, kesihatan dan emosi Nadia sering terganggu akibat bekas isteri Syakir, Marina yang sering mengganggu ketenteraman rumah tangga mereka.
Marina sering memaksa Syakir memberi nafkah yang lebih dari dijanjikan untuk anak mereka, Haziq yang berusia enam tahun. Meskipun Syakir tidak pernah terlepas untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut, sikap Marina yang boros membuatkan Syakir sering bertengkar dengan bekas isterinya itu.
Selepas 20 tahun terpisah, Imran, abang kandung kepada Syakir kembali semula di dalam hidup Syakir dan Nadia. Kehadiran Imran diikuti oleh pelbagai perkara aneh. Rahsia yang disimpan rapi oleh Syakir mula dibongkar dan penyakit Nadia kembali parah. Dapatkah Nadia mengatasi penyakitnya itu? Berjayakah Nadia dan Syakir mengharungi segala rintangan yang berlaku terhadap keluarganya? Dan siapakah Imran sebenarnya?