Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau, melancarkan Viu Original keduanya bagi tahun 2023, hari ini. Alter-Naratif merupakan thriller psikologi hasil idea Aina Izzah, seorang graduan undang-undang dan wartawan yang juga merupakan pemenang Viu Pitching Forum 2021.
Siri ini kemudiannya dikembangkan lagi oleh ketua penulis, Rafidah Abdullah (She Was Pretty, Istanbul Aku Datang!, Gol & Gincu) dan diarahkan oleh Faisal Ishak yang pernah memenangi pelbagai anugerah (Isteri Misteri, Juvana, Nur Kasih). Siri yang mengandungi lapan episod ini akan ditayangkan buat pertama kali di platform penstriman ini pada 25 Mei 2023, dengan episod baharu disiarkan pada setiap hari Khamis.
Penonton Viu boleh menyaksikan drama thriller Alter-Naratif yang mengujakan ini di aplikasi Viu, yang juga boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan TV pintar terpilih, serta laman web www.viu.com
Alter-naratif
Episod: 8
Tarikh Tayangan di Viu: 25 Mei 2023
Idea Asal: Aina Izzah
Skrip: Rafidah Abdullah, Honey Ahmad, Aina Izzah, Nik Jassmin Hew, Haris M.Nor
Pengarah: Faisal Ishak
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Lagu OST: Ilusi Keliru - Amir Masdi
Watak Pelakon
Nabila Huda sebagai Mel Isa
Liyana Jasmay sebagai Aira Kamal
Neera Azizi sebagai Kina Jaafar
Gambit Saifullah sebagai Sam
Rahim Omar sebagai Isa Iskandar
Adlin Aman Ramlie sebagai Dr Rahim
Namron sebagai Jaafar
Anas Ridzuan sebagai Fahim
Gisnervern Arikrishnan sebagai Vinesh
Marisa Yasmin sebagai Zaiton
Kenji Sawahii sebagai Aloysius
Tallisya Tahir sebagai Orang Asal
Doppo sebagai Yoshimoto
Adeline Tsen sebagai Wendy
Yvonne Lee sebagai Judy
Sinopsis Alter-naratif
Mengisahkan sebuah syarikat Electric Dust Agency yang terkenal dengan inovasinya dalam bidang mengubah ingatan – kebolehan memadam ingatan dan menggantinya dengan kenangan tiruan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mel Isa, memperjuangkan teknologi baharu ini sebagai masa depan psikoterapi, membantu mangsa trauma membina semula kehidupan mereka. Tetapi apabila Mel mula pitam dan mengalami halusinasi, dia mula mengesyaki bahawa ingatannya sendiri telah diolah. Siasatannya mendedahkan korupsi syarikatnya sendiri dan menghidupkan kembali jenayah yang berlaku 20 tahun lalu. Tetapi siapa yang boleh Mel percayai bila beliau sendiri tidak yakin tentang identiti beliau sendiri?