Drama Buang Segala Tentang Dia

Buang Segala Tentang Dia

Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan drama adaptasi novel 'Segala Tentang Dia' karya Suci Hidayat diterbitkan oleh Filmscape Sdn Bhd. Dibawah arahan Emdy Idris, drama ini mengisi slot Widuri, setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 6.45 petang di TV1 dan RTMKlik.

Buang Segala Tentang Dia

Episod: 26
Tarikh Tayangan: 15 Disember 2024
Waktu Siaran: Jumaat - Ahad, 6:45 petang
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Novelis: Suci Hidayat
Penulis Skrip: Haswida Abu Bakar
Pengarah: Emdy Idris
Produksi: Filmscape Sdn Bhd

Watak Pelakon
Dayang Areeda sebagai Nur Iman Alisa
Syaffiq Sahli sebagai Ibra Iskandar
Mustaqim Bahadon sebagai Zaid
Aishah Azman sebagai Via
Jay Iswazir sebagai Azrul
Azzahra Ahmad sebagai Izzah
Ily Mokhtar sebagai Sue
Silfeny Osman sebagai Darlina
Juita Johari sebagai Datin Ammara

Sinopsis Buang Segala Tentang Dia

Iman Nur Alisa menyangka perkahwinan yang dipayungi restu orang tua, pasti akan kekal bahagia hingga ke akhirnya.

Namun tanggapannya ternyata silap. Cinta Zaid terhadapnya hilang seiring pudarnya kecantikan yang pernah lelaki itu kagumi saat pertama kali melihat Alisa. Alisa kehilangan suami yang satu masa dulu bersumpah mencintai dan melindungi.

Jiwa wanitanya hancur dengan kata-kata diluahkan suaminya. Bukan itu sahaja, Alisa teruk dipukul lelaki tak berguna itu. Kesudahannya Zaid pergi meninggalkan Alisa dengan mental yang terdera. Ketika itu muncul gadis bernama Via, bekas kekasih Zaid yang bersungguh-sungguh ingin kembali menuntut kembali lelaki yang pernah Alisa rampas darinya.

Melihat Alisa yang disakiti, cinta yang dahulunya pernah terkubur, kembali membuak-buak dalam diri Ibra Iskandar. Dia merayu, mohon cintanya diterima. Sedang Alisa pula merayu dirinya dijauhi lelaki itu. Rasa trauma mahu menjalin hubungan semula dengan lelaki menebal dalam diri Alisa. Lalu bagaimanakah kesudahan hubungan mereka?

Sinopsis Novel Buang Segala Tentang Dia

Rasa cinta itu pernah wujud. Namun tak terluahkan. Yang seorang, terlewat. Yang seorang lagi tercepat. Terlewat untuk berterus-terang. Tercepat menerima lamaran seseorang.

Sangka IMAN NUR ALISA, perkahwinan yang dipayungi restu orang tua, pasti akan kekal bahagia hingga ke akhirnya. Namun tanggapannya ternyata silap. Cinta ZAID terhadapnya hilang seiring pudarnya kecantikan yang pernah lelaki itu kagumi saat pertama kali melihat Alisa. 

“Sebab kau dah tak macam dulu. Kau dah tak mampu puaskan aku. Kau dah tak cantik. Sumpah, aku jijik tengok kau, Alisa!” – ZAID, suami yang satu masa dulu bersumpah mencintai dan melindungi.

Jiwa wanita itu hancur ditoreh kata-kata sang suami. Wajah dan tubuh  wanita itu entah berapa kali merasai tapak tangan dan tapak kaki. Malah, Zaid pergi meninggalkan Alisa dengan mental yang terdera. 

“Meh aku ajar kau, rahsia ‘mengikat’ lelaki. Buka mata kau, tengok! Buka telinga kau, dengar! Aku nak kau ingat babak ni, sampai kau mati!” – VIA, bekas kekasih Zaid yang kembali menuntut kembali lelaki yang pernah Alisa rampas darinya.

Melihat Alisa yang disakiti, cinta yang dahulunya pernah terkubur, kembali membuak-buak. IBRA ISKANDAR merayu, mohon cintanya diterima. Sedang Alisa merayu, mohon dijauhi. Cinta dan lelaki adalah perkara yang paling Alisa takuti kini.

“Saya janda, Encik Ibra. Carilah perempuan yang lebih mulia.” – IMAN NUR ALISA

“Rasulullah SAW menikahi Siti Khadijah, juga seorang janda. Hinakah Siti Khadijah?” – IBRA ISKANDAR