Nantikan drama 'Isteri Halal' adaptasi daripada drama popular Filipina, Legal Wife akan membuka tirai slot Tiara di Astro Ria. Drama rantaian 60 episod ini dibintangi Isyariana, Uqasha Senrose, Aidit Noh dan Nazim Othman. Dibawah arahan Uchee Fukada terbitan Radius One.
Isteri Halal akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 27 Februari 2023, jam 6.00 malam melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.
Isteri Halal
Episod: 60
Tarikh Tayangan: 27 Februari 2023
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 6:00 petan
Rangkaian: Astro Ria, Astro Go
Penulis Skrip: Suzanna Zaily Zin, Shaza Talib, Pahzai Al-Khaired
Pengarah: Uchee Fukada
Produksi: Radius One Sdn Bhd
Watak Pelakon
Isyariana Che Azmi sebagai Adellia
Aidit Noh sebagai Zayn
Uqasha Senrose sebagai Eyra
Nazim Othman sebagai Daniel
Sharmaine Farouk sebagai Suraya
Sahronizam Noor sebagai Aziz
Qazem Nor sebagai Arif
Shahidan Izwan sebagai Aqil
Nazzaty Rusli sebagai Juliza
Aishah Atan sebagai Mak Pah
Isaac Iman sebagai Adrian
Zarif Ghaz sebagai Zahir
Elly Suhaili sebagai Fauziah
Rasya Dean sebagai Thalia
Amylea sebagai Noor
Amirul Asyhwad sebagai Nabil
Faizul Syaharin sebagai Ridwan
Sinopsis Isteri Halal
Mengisahkan tentang percintaan Adellea dengan Zayn yang ditentang oleh ibu bapa Adellea berdasarkan jurang harta dan kekayaan.
Demi cintanya, Adellea sanggup meninggalkan kemewahan hidupnya dan mengkhianati pilihan keluarganya untuk melayari bahtera perkahwinan dengan jejaka miskin yang tidak mempunyai status sosial yang tinggi.
Segalanya mula berubah apabila bapanya, Tuan Aziz jatuh sakit dan memerlukan perhatian. Nekad untuk menebus kesalahannya, Adellea kembali ke pangkuan keluarga bersama suaminya.
Namun kepulangan Adellea mengundang seribu satu dugaan termasuk kancah pendustaan yang terjadi di antara suaminya dengan sahabat baiknya, Eyra yang menyimpan perasaan cinta terhadap Zayn selama ini.
Situasi menjadi lebih tegang dengan kehadiran Daniel yang ingin membalas dendam atas perbuatan Adellea terhadapnya.
Dengan pelbagai dugaan mendatang, mampukah Adellea mengharungi segalanya dan menyelamat perkahwinan yang telah menjadi nadi hidupnya buat sekian lama?