Nantikan drama adaptasi novel Andai Itu Takdirnya 1 & 2 karya Siti Rosmizah akan mengisi slot Megadrama di Astro Ria. Drama bersiri 60 episod dibawah arahan Jamal Khan terbitan SR One Sdn Bhd. Drama ini diterajui Shukri Yahaya yang memegang watak sebagai Syed Adam Aizril dan Hannah Delisha sebagai Aleya.
Saksikan Andai Itu Takdirnya yang akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 6 Mac 2023, jam 10.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.
Andai Itu Takdirnya
Episod: 64
Tarikh Tayangan: 6 Mac 2023
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Slot MegaDrama, Astro Ria / Astro GO
Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hassan & Liza Ali
Pengarah: Jamal Khan
Produksi: SR One Sdn Bhd
Lagu Tema (OST)
Andai Itu Takdirnya - Vanessa Reynauld
Takdir Cinta Kita - Asfan Shah & Erin CTJ
Watak Pelakon
Shukri Yahaya sebagai Syed Aizril
Hannah Delisha sebagai Aleya
Dayang Areeda sebagai Sharifah Emilin
Puteri Sarah Liyana sebagai Umairah
Idzham Ismail sebagai Ikram
Fahrin Ahmad sebagai Lukman Hakim
Aida Khalida sebagai Puan Sri Syarifah Aisyah
Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Syed Abas
Esma Daniel sebagai Syed Rahim
Laila Nasir sebagai Sharifah Rosnah
Razman Mahayuddin sebagai Faizal
Atikah Suhaime sebagai Sharifah Azreen
Safura Yaacob sebagai Puan Ramlah
Hariz Hamdan sebagai Azhar
Kamal Bakar sebagai Encik Idris
Nur Dhia Irdina sebagai Dania Arisya
Rayyan Mikail sebagai Dany
Aiman Badrul sebagai Darwin
Sinopsis Andai Itu Takdirnya
Aleya yang berasal dari keluarga yang sederhana meminati salah seorang rakan kolejnya iaitu Syed Adam Aizril. Syed Aizril dikenali dalam kalangan wanita kerana ketampanannya dan penampilan yang menarik. Sebagai anak kepada seorang tokoh korporat, dia sudah biasa dengan gaya hidup kaya dan berbangga dengan kekayaan keluarganya. Dia mempunyai standard yang tinggi dan sentiasa memandang rendah terhadap orang lain. Tanpa disangka, berlaku satu kejadian yang menyatukan Syed Aizril dan Aleya.
Aleya memulakan kehidupan baharunya sebagai seorang isteri tetapi malangnya Syed Aizril menyeksa hidupnya. Tidak lama selepas itu, Syed Aizril ditimpa kemalangan. Ia mengubah hidupnya dan dia menyesali semua kesalahannya terhadap Aleya. Demi cinta dan anak-anak, Aleya menerima juga Syed Aizril dalam hidupnya. Aleya dan Syed Aizril hidup bahagia bersama anak-anak selepas mengharungi pelbagai rintangan dalam perkahwinan mereka.
Perkahwinan Syed Aizril dan Aleya tercabar sekali lagi apabila Syed Aizril jatuh cinta pada Sharifah Emilin yang muncul secara tiba-tiba dalam hidupnya. Janjinya terhadap Aleya mudah dilupakan. Pada ketika ini, perasaan Aleya terhadap Syed Aizril sudah hilang sepenuhnya. Hidupnya kini hancur kerana egonya. Patutkah Aleya beri peluang sekali lagi kepada Syed Aizril?
Sinopsis Novel Andai Itu Takdirnya 1 & 2
Aleya, seorang gadis berasal dari keluarga sederhana. Dia menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang juga rakan kuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Aizril digilai ramai wanita kerana ketampanan dia. Hidup dia yang kaya menjadikan Syed Aiziril seorang yang berlagak dan sombong. Tanpa di duga telah berlaku satu insiden yang menyatukan Syed Aizril dan Aleya. Mereka telah diperangkap oleh Faizal hingga ditangkap khalwat. Syed Aizril tidak boleh terima dia menuduh Aleya yang perangkap dia semata-mata hendak hidup senang. Syed Aizril dan Aleya disatukan dalam satu majlis pernikahan yang sederhana. Bapa Aleya, Encik Idris begitu kecewa, namun dia tetap hadir untuk mewalikan anaknya. Ibu bapa Syed Aizril pun sama, mereka kecewa namun terpaksa menerima. Puan Sri Sharifah Aishah mama Syed Aizril begitu membenci Aleya begitu juga dengan emak saudaranya, Sharifah Rosnah. Sepupu Syed Aizril, Sharifah Emilin, yang sepatutnya menjadi isteri Syed Aizril begitu kecewa. Aleya melalui dugaan dalam hidupnya dengan Syed Aizril menyeksa hidupnya. Namun takdir penentu segalanya, Syed Aizril ditimpa kemalangan namun mampukah Aleya memaafkan semula lelaki yang telah menyeksa kehidupannya tanpa belas?
Syed Aizril dan Aleya melayari bahtera hidup yang bahagia bersama anak-anak. Lapan tahun hidup berumah tangga begitu indah dan manis rasanya. Datin Sharifah Rosnah tidak dapat menerima takdir yang tersurat buat arwah anaknya. Hati itu masih hitam dengan dendam kesumatnya! Faizal pula, penjara masih tidak menginsafkannya. Kebencian pada Syed Aizril dan Aleya begitu mendalam sekali. Janjinya! Aleya dan Syed Aizril akan hidup merana! Sharifah Azreen hadir dengan visi untuk memiliki cinta Syed Aizril. Dugaan yang melanda dalam hidupnya, mengoyahkan hati lelaki ini. Janji pada isterinya dilupakan begitu saja. Hati Syed Aizril sudah tepu dengan ego! Dan ego itu, akhirnya menghancurkan hidupnya. Saat ini, penyesalan dah tak berguna. Hati Aleya sudah mati buatnya! Perlu ke Aleya berpaling lagi?
Lelaki itu sudah menghancur lumatkan hatinya! Lelaki itu menyeksanya! Lelaki itu mengkhianati cintanya! Andai Itu Takdir-NYA, Aleya redha.