Telefilem Morten (TV2)

Morten

Saksikan telefilem Morten adaptasi dari novel Kunang Pesisir Morten karya Raiha Bahaudin akan tayang di TV2 pada 6 Februari ini, Isnin pukul 9 malam.

Morten

Waktu Siaran: Isnin, 6 Februari 2023, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Penulis Skrip: Raiha Bahaudin
Pengarah: Zaili Sulan
Produksi: EF Kencana Sdn Bhd
Pelakon: Danish Hazriq, Wong Wei Tian, Qistina Raisah, Kumaresan, Fazlina Dato Ahmad Daud, Idham Maulana, Lee Yu Kiong

Sinopsis Morten

Kisah penduduk kampung Morten dan Kampung Hailam yang tidak mempunyai persefahaman walaupun tinggal bersebelahan. Dhiya dan Adi adalah remaja dari Kampung Morten. Mereka telah ke KampungHailam untuk melihat kawasan kejadian kes lemas. Mereka berdua berkenalan dengan Lim. Sejak itu mereka bersahabat baik. Lim juga sering ke Kampung Morten untuk berjumpa dengan Dhiya dan Adi. Pak Jasmi, penduduk Kampung  Morten tidak suka melihat keakraban Lim, Dhiya dan Adi. Apabila berlaku kes kecurian di kedua-dua kampung. Pak Jasmi mula menuduh pendudukKampug Hailam yang melakukannya. Hal itu meyebabkan penduduk kedua-dua kampung mula bergaduh.