Filem 'ANWAR, The Untold Story' mengisahkan ranjau politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 11 Mei 2023
Filem itu digarap berdasarkan kisah sebenar berlaku dalam sebahagian hidup Anwar ketika mula menjawat jawatan Menteri Kewangan dari 1991 hingga dipecat pada 1998.
Filem sentuhan pengarah Indonesia, Viva Westi itu dibintangi pelakon terkenal seperti Farid Kamil, Hasnul Rahmat, Acha Septriasa, Piet Pagau dan Dewi Irawan.
Filem terbitan Bianglala Entertainment ini menjalani penggambaran di Malaysia dan Indonesia dengan kos sebanyak RM10 juta.
Anwar, The Untold Story
Tarikh Tayangan: 11 Mei 2023
Skrip: Viva Westi
Pengarah: Viva Westi
Produksi: Bianglala Entertainment
Watak Pelakon
Farid Kamil sebagai Datuk Seri Anwar Ibrahim
Acha Septriasa sebagai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Hasnul Rahmat sebagai Tun Dr Mahathir Mohamad
Saskia Chadwick sebagai Nurul Izzah Anwar
Dewi Irawan sebagai Che Yan (ibu Anwar)
Piet Pagau sebagai Ibrahim (bapa Anwar)
Felice Lovely Hidayat sebagai Nurul Iman Anwar
Azzahra Annasera sebagai Nurul Hana Anwar
Sinopsis Anwar, The Untold Story
Berlatar antara tahun 1993 dan 1998. Diolah dari kisah benar, alur ceritanya adalah mengenai sikap Anwar yang tegas dan konsisten menolak berbagai jenis imbuhan dan wang tunai dari pihak-pihak tertentu ketika berada dalam kerajaan sebagai Menteri Kewangan.
Juga memaparkan bagaimana Anwar enggan menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan syarikat dimiliki anak pemimpin tertentu yang mengalami kerugian berbilion ringgit.
Kerana itu beliau difitnah dengan sebuah konspirasi besar, dipecat, dipukul secara brutal dalam penjara dan dibiarkan tanpa rawatan perubatan hingga beberapa hari.
Dari seorang menteri kewangan berwibawa yang berjaya membebaskan Malaysia dari belenggu hutang, akhirnya merengkok di penjara.