Drama Hijrah Jannah

Hijrah Jannah

Drama siri terbaharu di slot Tiara, Hijrah Jannah memaparkan polemik perkahwinan serta tugas dan tanggungjawab lelaki sebagai suami di dalam kerangka poligami. Drama kali ini turut memberi penekanan terhadap penerimaan golongan mualaf di kalangan keluarga dan masyarakat.

Pelakon Remy Ishak tampil sebagai Syawal, hero drama rantaian ini bergandingan dengan Daniella Sya memegang watak utama, Jannah / Janet dan Puteri Sarah memegang watak antagonis, Munirah yakni isteri kedua Syawal.

‘Hijrah Jannah’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 5 Jun 2023, jam 6.00 petang secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Hijrah Jannah

Episod: 40
Tarikh Tayangan: 5 Jun 2023
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 6:00 petang
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Penulis Skrip: Azzu Roslan
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: MIG Production

Watak Pelakon
Daniella Sya sebagai Jannah / Janet
Remy Ishak sebagai Syawal Fitri
Puteri Sarah Liyana sebagai Munirah
Khalidah Atlibah sebagai Puan Sri Rafidah
Daniel Fong sebagai Danial
Ezaidi Aziz sebagai Zakri
Hanna Halim sebagai Zahra
Riz Amin sebagai Azim
Erynn Abdullah sebagai Medina
Rahim Jailani sebagai Tan Sri Shaharudin
Angeline Tan sebagai Puan Lian
Kenji Sawahi sebagai Encik Kiat
Ooi Liang Chia sebagai Yin Lee
Ady Mohammad sebagai Ikram
Kak Ema sebagai Mak Embun


Sinopsis Hijrah Jannah

Setelah berkahwin dengan Syawal Fitri (Remy Ishak), Janet (Danielle Sya) memeluk islam dan lantas dibuang keluarganya. 

Namun kesukaran hidupnya itu bertambah buruk apabila ibu Syawal iaitu Puan Sri Rafidah (Khalidah Atlibah) nekad untuk menyiksa hidup menantunya itu. 

Setiap Langkah Janet yang kini namanya Jannah tidak pernah betul, ada sahaja yang tidak kena. 

Kebenciannya pada Jannah membawa kepada dia memaksa anaknya untuk berkahwin lagi sekali, kini dengan Wanita pilihannya, Munirah (Puteri Sarah). 

Syawal akur dan menerima Munirah, tetapi dia tidak sama sekali menyangka isteri barunya itu adalah seorang yang berpura-pura baik sahaja. 

Pernikahannya dengan Munirah bakal membawa pergolakkan diantara Syawal dan Jannah. 

Demi mendalami agama barunya, Jannah mengambil inisiatif untuk belajar dan dalam proses berkenaan, dia berkenalan dengan Zakri (Ezaidi Aziz), salah seorang fasilitator di pusat pembelajarannya itu. 

Zakri simpati dengan nasib Jannah dan pada masa yang sama menyimpan perasaan terhadapnya. Munirah yang sedar tentang perasaan dan niat Zakri mengambil peluang ini untuk menyemai benih sangsi di dalam hati Syawal.
Hijrah Jannah