Nantikan drama bersiri 'Tentang Hati Dia' adaptasi daripada novel 'Kapcai Girl vs Encik Superbike' karya Bunga Amani akan menemui penonton menerusi slot Akasia TV3 bermula 3 Julai 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQiyi bermula jam 8 malam di aplikasi iQIYI atau www.iQ.com/local
Tentang Hati Dia
Episod: 28
Tarikh Tayangan: 3 Julai 2023
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Farhana Fauri
Pengarah: Amor Rizan
Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd
Lagu OST:
Cintamu Yang Satu - Ning Baizura
Milik Kita - Adira Suhaimi
Watak Pelakon
Aliff Aziz sebagai Wafi
Trisha Ooi sebagai Tiara
Nafiz Muaz sebagai Khalid
Fazlina Ahmad Daud sebagai Fatimah
Aliah Lee sebagai Sharifah
Nurin Afiqah sebagai Darina
Saidah Kamarudin sebagai Shida
Sazrin Aizul sebagai Waris
Nina Smith sebagai Lily
Amir Mirza sebagai Aliff
Muaz Zabir sebagai Hisyam
Nik Ramly Rejab sebagai Pak Salleh
Ayu Falizna sebagai Mak Tun
Al-Rayyan Ho sebagai Fairuz
Laura Olivia sebagai Cica
Ieka Zulkifli sebagai Maksu
Ziha Salleh sebagai Liana
Sinopsis Tentang Hati Dia
Tiara adalah seorang anak gadis berasal dari kampung yang diduga dengan pelbagai cabaran di usia muda. Ketika menunggu keputusan peperiksaan SPM, Tiara mendapati bahawa dia hamil hasil daripada pelakuan sumbangnya bersama Khalid. Fatimah, ibu Tiara, marah apabila mendapat tahu tentang berita kehamilan Tiara dan memaksanya menggugurkan kandungan tersebut.
Wafi yang merupakan kawan baik Khalid baru sahaja menghabiskan pembelajarannya di luar negara dan pulang ke Malaysia dengan hasrat untuk mengahwini tunangnya, Darina. Namun, semangat berkobar-kobar Wafi setelah mengharungi cinta jarak jauh hancur apabila Darina menuntut agar pertunangan mereka diputuskan.
Konflik memuncak apabila Tiara yang buntu untuk membetulkan kesilapannya telah pergi ke ibu kota untuk mencari Khalid yang menghilangkan diri. Tiara cuba menjejaki Khalid dengan harapan Khalid dapat membantunya menyelesaikan masalah yang timbul itu. Dapatkah Tiara menjejaki Khalid dan melepaskan diri dari segala masalah yang menimpanya? Bagaimana kesudahan kisah Wafi pula, masihkah ada ruang untuk cinta berputik di hatinya setelah dikecewakan?
Sinopsis Novel Tentang Hati Dia
Pertemuan yang tidak diduga itu puncanya. Punca terjadi sebuah ikatan. Ikatan yang berbelit, berselirat dan sukar hendak dilerai hingga menjadi ikatan suci yang tersimpul rapi.
Pergaduhan antara Tiara dan Syed Wafi gara-gara salah faham itu makin berpanjangan. Bagi Syed Wafi, dia mahu mendengar permohonan maaf dari bibir Tiara kerana menumbuk dan menampar wajahnya. Sebaliknya Tiara, tak kuasa mahu melayan kehendak lelaki yang dikenali dengan kaki mabuk itu. Bukankah yang bersalah itu Syed Wafi?
Namun entah dimana silapnya. Entah bagaimana pula episod permusuhan mereka itu berakhir lalu bertukar menjadi satu bab lain yang sukar hendak difahami Tiara sendiri. Bagaimanakah Syed Wafi yang tidak habis-habis mengungkap kata-kata benci dan mencemuhnya itu boleh bertukar menjadi suaminya? Bila majlis tunangnya? Bila pula mereka bercinta? Dan bila pula dia mengangguk ya menerima lamaran Syed Wafi?
Bagi Syed Wafi, benar Tiara tidak pernah tahu akan isi hatinya. Dan dia juga tidak pernah meluahkannya secara terbuka. Namun tidak terlewat baginya untuk mengakui bahawa Tiara wanita yang diidamkan menjadi suri hidupnya selama ini. Sikap buruknya terhadap wanita itu selama ini sekadar mahukan perhatian.
Namun bukan mudah untuk membina sebuah mahligai jika tiada teras yang kukuh. Cinta Tiara yang diharapkan Syed Wafi bukan sesuatu yang mudah. Namun sejauh mana sabar Syed Wafi demi mendapatkan cinta wanita itu? Apakah rahsia yang Tiara simpan sehingga membuatkan dia menolak rasa cinta itu bersungguh-sungguh?