Telefilem istimewa bersempena dengan Sambutan Hari Guru berjudul 'Belajar Tak Sudah' bakal ditayangkan pada 20 Mei ini, pukul 9.00 malam di TV1.
Belajar Tak Sudah
Waktu Siaran: Sabtu, 20 Mei 2023, 8:30 malam
Rangkaian: TV1 slot Panggung RTM
Penulis Skrip: Ares Bahar & Ekem Imer
Pengarah: Muhamad Ikhsan Sukiman
Produksi: Unit Drama TV RTM
Pelakon: Yuna Rahim, Mubarak Majid, Scha Elinnea, Diana Rafar, Zain Hamid, Ziema Din, Arieff Yong, Izwan Hakimi, Bohari Ibrahim
Sinopsis Belajar Tak Sudah
Mengisahkan Cikgu Basri (Mubarak Majid) yang juga pesara guru besar yang mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di universiti.
Keputusan Cikgu Basri untuk menyambung pelajaran adalah kerana cucu kesayangan, Nora (Yuna Rahim) tidak berminat untuk menamatkan pengajian akibat terlalu taksub untuk menjadi influencer atau pempengaruh popular. Nora terinspirasi dengan rakannya, Emy (Scha Ellinea) yang sudah berjaya memiliki sebuah kereta hasil daripada wang sebagai seorang influencer.
Begitu pun tindakan Cikgu Basri mendaftarkan diri di kelas yang sama dengan Nora membuatkan mereka terpaksa mengharungi pelbagai halangan dan cabaran. Semuanya kerana permintaan Nora yang mahukan status hubungan mereka dirahsiakan daripada pengetahuan pensyarah dan teman sekelas.
Cikgu Basri adalah satu-satunya pelajar tertua dalam kelas itu, malah dipandang sinis oleh tenaga pelajar dan pelajar universiti. Namun, tanggapan sinis itu berjaya ditepis Cikgu Basir setelah dia berjaya membuktikan usia bukan penghalang untuk menuntut ilmu.
Selain ingin membantu cucunya, kegigihan Cikgu Basir dalam menuntut ilmu adalah kerana berpegang pada pesanan sahabatnya yang menyatakan 'tuntut ilmu sampai ke negeri China. Kita kena terus belajar selagi masih bernyawa,'
Ketika berusaha dalam menamatkan pelajaran, kehadiran, Haiqal (Arieff Yong), yang cemburu dengan keakraban Cikgu Basri dan Nora mencetuskan kontroversi di universiti itu.