Saksikan drama bersiri 'Boleh Saya Bantu' terbitan Tanah Beris Film Production mulai 2 Februari 2024, setiap hari Khamis hingga Sabtu pukul 9 malam di slot Lestary TV3 atau strim menerusi Tonton.
Boleh Saya Bantu?
Episod: 13
Tarikh Tayangan: 2 Februari 2024
Waktu Siaran: Khamis - Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / Tonton
Penulis Skrip: MF Kencana & Azal Ezreen
Pengarah: Shuhaimi Lua
Produksi: Tanah Beris Film Production
Watak Pelakon
Andi Bernadee sebagai Nasar
Riena Diana sebagai Farida
Mark Adam sebagai Sudin
Nasz Sally sebagai Almya
Wanie Ooi sebagai Haiza
Zaid Erakad sebagai Rashid
Lela Kadir
Kazar
Didie Alias
Najua P. Ramlee sebagai Zainulisa
Mathni Ab Razak sebagai Datuk Sam
Maria Farida sebagai Miss Ana
Lagu OST
Laguu: Eh Mari, Tengok Tu
Penyanyi: Andi Bernadee
Komposer: Iqie Hugh, Aniq Iffat
Lirik: Iqie Hugh, Aniq Iffat
Sinopsis Boleh Saya Bantu
Nasar baru sahaja diberhentikan kerja. Untuk mencari punca rezeki yang baharu, dia telah menghadiri sebuah temu duga di sebuah hotel 3 bintang. Nasar hadir dengan impian untuk menjadi seorang tukang angkut atau juga dikenali sebagai ‘bellboy’. Namun, nasib tidak menyebelahinya kerana jawatan idamannya itu telah disandang oleh Sudin.
Walau bagaimanapun, Nasar tidak pulang dengan tangan kosong. Farida, pengurus hotel tersebut, telah menawarkan Nasar jawatan sebagai penyambut tetamu hotel. Tawaran yang dibuat oleh Farida itu telah menimbulkan persengketaan antaranya dengan Almya, pegawai sumber kemanusiaan di hotel itu.
Bukan mudah bagi Nasar untuk menyesuaikan diri di tempat baharu. Bukan itu sahaja isu yang dihadapinya. Sebagai seorang yang tidak mempunyai pengalaman, berhadapan dengan pelbagai masalah tetamu hotel amat merunsingkan jejaka ini.
Nasar perlu belajar cara untuk menyelesaikan masalah yang timbul dengan profesional dan cekap. Namun, mampukah dia melakukannya tanpa menjejaskan kedudukannya di tempat kerjanya itu? Adakah dia akan mendapat bantuan yang sewajarnya atau terkontang-kanting menyelesaikan kemelut di hotel itu seorang diri?