Saksikan drama terbaharu Leha, Leya Lawa bermula pada 29 April 2024 eksklusif di Tonton melalui aplikasi Tonton atau d www.tonton.com.my. Drama bersiri 15 episod terbitan Million Pictures Sdn Bhd hasil arahan Azhar Khalid. Menggandingkan pelakon seperti Bella Astillah, Didi Astillah, Muaz Zabir, Ezaidi Aziz, Hazeeq Dean, Ropie, Amyza Aznan, Fathil Dani dan Carissa Azhar.
Leha, Leya Lawa
Episod: 15
Tarikh Tayangan: 29 April 2024
Penulis Skrip: Amaz Mazilan
Pengarah: Azhar Khalid (Apache)
Produksi: Million Pictures Sdn Bhd
Watak Pelakon
Bella Astillah sebagai Leha
Didi Astillah sebagai Leya
Muaz Zabir sebagai John
Ezaidi Aziz sebagai Jangkho
Shaza Bae sebagai Rahmah
Hazeeq Dean sebagai Hassan
Carissa Azhar sebagai Sofea
Amyza Aznan sebagai Mak Yah
Fathil Dani sebagai Pak Bakar
Ropie sebagai Dato JP
Wan Gegau sebagai Bobby
Amanda Tan sebagai Azie
Ahmad Adly sebagai NJ
Faizul Syaharin sebagai Emran
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Bermanja - Manja
Artis: Bella Astillah & Didi Astillah
Komposer & Lirik: Mas Dewangga & Jova Devito
Sinopsis Leha, Leya Lawa
Mengisahkan tentang Leha (Bella Astillah), seorang gadis yang berusia 30an kekal teguh, berdikari dan kuat dalam meneruskan legasi bisnes arwah ibunya, butik pengantin di kampung.
Leha mempunyai seorang adik, Leya (Didi Astillah) yang merupakan seorang yang manja dan kuat merajuk. Leha dan Leya sama-sama mengusahakan butik pengantin peninggalan arwah ibunya dan masing-masing mempunyai kepakaran tersendiri seperti Leha pakar dalam bidang solekan serta reka bentuk manakala Leya pula mempunyai kepakaran dalam bidang masakan dan dekorasi.
Leya sedang hangat bercinta dengan Jangkho (Ezaidi Aziz) seorang anak muda yang terpengaruh dengan cara pemakaian K-Pop. Leya dan Jangkho mempunyai persamaan dari segi citarasa dan minat tetapi hubungan mereka terganggu dengan kehadiran Rahmah (Shaza Bae), bekas kekasih Jangkho.
Kehadiran John (Muaz Zabir) dalam hidup Leha pada mulanya dianggap sebagai satu musibah, namun lama kelamaan mereka mula jatuh cinta. Kisah cinta mereka terganggu akibat pelbagai konflik yang dihadapi, tambahan mereka juga turut mempunyai jurang perbezaan umur yang jauh. Berjayakah Leha menamatkan zaman bujangnya? Apakah nasib yang bakal menimpa adik-beradik ini?