Riot! merupakan drama siri premium Astro Originals terkini terbitan Astro Shaw, diarahkan oleh Shamyl Othman serta ditulis oleh panel penulis berpengalaman termasuk Rafidah Abdullah, Suzanne Ong, Khairi Anwar dan Anwar Hadi. Membariskan barisan pelakon generasi muda seperti Nelissa Nizam, Mia Sara Shauki, Tami Anadan dan Aniq Durar.
Saksikan ‘Riot!’ menerusi Astro Premier (Saluran 410) pada 22 September 2023 pada jam 9 malam setiap hari Jumaat. Saluran Astro Premier adalah percuma untuk semua pelanggan Astro bermula 18 September 2023 sehingga 1 Februari 2024. Strim episod baharu ‘Riot!’ awal menerusi On Demand pada setiap jam 12 tengah malam pada hari yang sama menerusi Astro Box dan Astro GO.
Riot! Rebel With A Cause
Episod: 10
Tarikh Tayangan: 22 September 2023
Waktu Siaran: Jumaat, 9:00 malam
Rangkaian: Astro Premier / Astro GO
Penulis Skrip: Rafidah Abdullah, Suzanne Ong, Khairi Anwar, Anwar Hadi
Pengarah: Shamyl Othman
Produksi: Astro Shaw
Lagu Tema: Langkah Mayatku Dulu
Watak Pelakon
Nelissa Nizam sebagai Sal
Mia Sara Shauki sebagai Feeqi
Tami Anadan sebagai Kristy
Aniq Durar sebagai Wid
Nia Atasha sebagai Tita
Rashidi Ishak
Iedil Dzuhrie Alaudin
Amanda Ang
Sue Tan
Nasir Alaydrus
Megat Adli
Sarimah Ibrahim
Uyaina Arshad
Rahim Omar
Dee Dee A’iene
Sinopsis Riot!
Menceritakan kisah fiksyen sebuah band, Langkah Mayat yang memainkan muzik protes untuk menyuarakan keadilan untuk mangsa-mangsa ketidakadilan di kampus mereka. Penyanyi utama mereka, Sal yang merupakan mangsa gangguan seksual oleh pensyarahnya bersama-sama rakan seperjuangannya Feeqi, Kristy dan Wid berhasrat untuk memainkan lagu-lagu mereka untuk membawa kesedaran mengenai isu gangguan seksual.
Namun, setiap ahlinya mempunyai kisah tersendiri serta masa lampau yang gelap. Dalam perjuangan mencari keadilan, mereka berdepan dengan pelbagai kejutan dan rahsia gelap yang menguji bukan hanya persahabatan mereka, tetapi juga diri mereka yang sebenar. Menerusi penceritaan yang penuh dengan perasaan dan dramatik, isu-isu taboo seperti gangguan seksual serta tindakan berbentuk silencing victims dikupas secara mendalam terutamanya impak atau kesan terhadap mangsa.