Nantikan ‘Beautiful Love Revenge’, sebuah drama rantaian baharu Astro Ria yang diadaptasi dari novel percintaan dengan tajuk yang sama, karya penulis Wannie Nordin. Siri drama ini berkisarkan tentang keindahan cinta Ammara dan Noah, disebabkan bekas suaminya Farid, hubungan mereka diuji.
Drama percintaan penuh rintangan ini diilhamkan oleh pengarah Jamal Khan menerusi terbitan SUHAN Movies & Trading yang membariskan pelakon-pelakon tempatan termasuk Harissa Adlynn, Luqman Hafidz dan Daniel Fong yang bertanggungjawab selaku teraju utama.
‘Beautiful Love Revenge’ mula bersiaran pada 1 November di slot DramaVaganza, setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104). Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Beautiful Love Revenge
Episod: 20
Tarikh Tayangan: 1 November 2023
Waktu Siaran: Rabu & Khamis, 9:00 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro GO
Penulis Novel: Wannie Nordin
Penulis Skrip: Nieza Nahar
Pengarah: Jamal Khan
Produksi: Suhan Movies & Trading
Watak Pelakon
Harissa Adlynn sebagai Ammara Sofea
Daniel Fong sebagai Noah Faeq
Luqman Hafidz sebagai Farid
Jihaa Sham sebagai Aina
Syafi Tee sebagai Ariel
Maria Farida sebagai Maria
Mikael Noah sebagai Aidaan
Heidi Nur Aleesya sebagai Aafia
Aljeffri Sherry sebagai Nanny
Nizam Kama sebagai Halim
Firdaus Ghufran sebagai Izmal
Sinopsis Beautiful Love Revenge
Merungkai kisah perkahwinan bahagia Ammara bersama Farid yang berakhir di pertengahan jalan apabila Ammara ditinggalkan akibat kehadiran orang baharu di dalam kehidupan Farid. Ammara diceraikan ketika sambutan ulang tahun perkahwinan ke-10 mereka dan ditinggalkan bersama dua orang anak tanpa tempat untuk bergantung. Dalam keadaan tidak menentu, Ammara secara tidak sengaja telah melanggar sebuah motosikal yang ditunggang oleh Noah, seorang jejaka tampan yang pada akhinrya telah menyimpan perasaan terhadap Ammara.
Kisah percintaan Ammara dan Noah membawa ke alam perkahwinan namun ditentang Farid, bekas suami kepada Ammara. Kehidupan Ammara dan Noah semakin mencabar apabila Farid merencana untuk membalas dendam terhadap Noah dengan satu kemalangan jalan raya. Mampukah Ammara kembali bersama Noah? Segalanya bakal terjawab menerusi drama ini.
Sinopsis Novel Beautiful Love Revenge
Cinta itu ada tarikh luputnya. Rindu itu ada penghujungnya dan dendam itu ada batasnya.
Sekuat mana pun kau cuba membunuh sebuah perasaan dendam, akan tetap ada seseorang dari masa lalu cuba menghancurkan keindahan sebuah cinta.
Beria-ia Ammara hendak menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-10, namun tanpa belas kasihan Ammara diceraikan begitu sahaja. Alasannya? No more spark! Tak sangka hubungan suami isteri itu mempunyai expired date. Farid memang jantan tak guna!
Ah, sebenarnya bukan mereka tidak serasi atau sehaluan, tetapi haluan hidup Farid yang sudah berubah gara-gara kehadiran Maria yang lebih seksi, bergaya, kaya, tetapi hipokrit!
Mujurlah Noah sentiasa ada di saat dia memerlukan. Noahlah bos, Noahlah hero, penyelamat, pelindung dan Noah adalah lelaki berwajah ketat yang selalu acah-acah bossy, tetapi sebenarnya over protective.
“Err… bos, encik…” - AMMARA
“Kejap bos, kejap encik… you sendiri tak tahu nak panggil I apa. Mungkin itu tandanya you kena panggil I darling,” - NOAH
Bila perkara sebenar terbongkar, barulah Ammara tahu dan faham apa hubungan di antara Noah, Farid dan Maria. Dia pula tersepit di antara jalan nak move on, lupakan saja Noah atau terima dia sebagai suami.
Mampukah Noah dan Ammara mencari cinta abadi sedangkan manusia toksik seperti Farid dan Maria masih menjadi musuh dalam selimut?
Bagaimana dengan Maria dan Farid? Relakah melihat orang yang disayangi dan yang pernah dicintai bahagia selamanya?
“You tak payah ajar I macam mana cara nak jadi isteri dia. Kalau you bagus sangat, tak mungkin Farid ceraikan you dan pilih I.” - MARIA
Yang pastinya hubungan Ammara, Noah, Farid dan Maria memang berselirat dan rare!
Antara hidup dan mati, hubungan mereka seperti menggenggam bara api. Mahu terbakar bersama, namun dalam masa yang sama, mahu lari menjauh agar tidak terluka lagi.
This could be the most beautiful revenge ever!