Nantikan drama adaptasi novel Aku Bukan Ustazah karya Lyna Masud akan mengisi slot Akasia di TV3. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd diarahkan oleh Idora Abdul Rahman. Mengandingkan Erysha Emyra, MK K-Clique dan Zahiril Adzim selaku pelakon utama. Aku Bukan Ustazah disiarkan mulai 3 Mei 2024, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7:00 malam di TV3 dan strim di Tonton.
Aku Bukan Ustazah
Episod: 28
Tarikh Tayangan: 3 Mei 2024
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Ayuni Zamani
Pengarah: Idora Abdul Rahman
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Watak Pelakon
Erysha Emyra sebagai Aminah
MK K-Clique sebagai Adam
Zahiril Adzim sebagai Omar
Husna Mustaffa sebagai Zahirah
Shaza Bae sebagai Sam
Haneesya Hanee sebagai Sally
Qistina Khaled sebagai Zaza
Azhar Sulaiman sebagai Tuan Hamid
Mas Anizan sebagai Puan Habibah
Razak Ahmad sebagai Ustaz Ahmad
Syad Mutalib sebagai Haziqah
Ahmad Syafiq sebagai Azhar
Fikhree Bakar sebagai Aslam
Danial Dashuki sebagai Anas
Fadilah Mansor sebagai Ustazah Fatimah
Lagu Tema
Tajuk: Hening Rindu
Penyanyi: Marsha Milan
Komposer & Lirik: Ikhwan Fatanna & Wan Saleh
Sinopsis Aku Bukan Ustazah
Aminah (Erysha Emyra) seorang gadis berniqab, yang membesar di sebuah Madrasah. Pertemuan pertama Aminah dan Adam (MK K-Clique) ketika Adam terlibat dalam pergelutan. Perut Adam telah ditikam dan terpaksa membuka niqab demi membalut luka Adam. Sejak insiden tersebut, ia telah merubah kedua kehidupan Aminah dan Adam.
Sinopsis Novel Aku Bukan Ustazah
Dia Aminah. Seorang niqabis yang berpaling dari ijtihadnya kerana fitnah manusia. Kerana seorang Adam, maruahnya sebagai niqabis dipijak-pijak lalu dia tekad untuk keluar mencari jalan hidup sendiri. Di situlah bermula episod kehidupannya bersama dengan rakan-rakan yang berbeza pegangan hingga dia hampir terjerumus ke lubang noda yang dia gali sendiri. Dia mencipta dirinya sebagai ‘Miya’ manakala ‘Aminah’ ditinggalkan semakin jauh.
Adam dan Omar. Dua pemuda yang berbeza cara hidup cuba merebut kasih sang niqabis. Adam merupakan pemilik sebuah kelab malam, hidupnya penuh dengan noda manakala Omar seorang doktor perubatan lulusan universiti di Mesir dan sangat menjaga agamanya. Antara dua, hanya seorang yang Aminah paling dekat namun sering dia menafikan perasaannya itu. Mana mungkin syaitan bersatu dengan bidadari syurga?