Drama Dulu Dollah Daebak

Dulu Dollah Daebak

Drama bersiri 'Dulu Dollah Daebak' diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures hasil arahan Eoon Shuhaini. Mengandingkan Sean Lee dan Sharifah Rose selaku teraju utama. Saksikan Dulu Dollah Daebak mulai 8 Ogos ini, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di slot Akasia TV3 atau strim melalui aplikasi Tonton.

Dulu Dollah Daebak

Episod: 20
Tarikh Tayangan: 8 Ogos 2024
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hassan, Liza Ali
Pengarah: Eoon Shuhaini
Produksi: Zamriez Golden Pictures

Watak Pelakon
Sean Lee sebagai Dolah / Affan
Sharifah Rose sebagai Doli / Dura
Riena Diana sebagai Fisya
Farez Ridzwan sebagai Ray
Sera Melissa sebagai Fasya
Syazuwan Hassan sebagai Fattah Amir
Kenji Sawahi sebagai Jamil
Norish Karman sebagai Roha
Amyza Aznan sebagai Shima
Zizan Nin sebagai Syamsul
Afifah Nasir sebagai Zara
Sazrin Aizul sebagai Kamal
Kitt Poon sebagai Steven
Dr Katalina sebagai Nora
Adrianna Qasmia sebagai Doli kecil
Tou Kyzer sebagai Dolah kecil
Malaeka Humaira sebagai Fasya kecil

Lagu Tema (OST)
Only With You 
Penyanyi: Aqmal Ramdan 
Lirik: Omar K 
Komposer: Omar K

Sinopsis Dulu Dollah Daebak

Dollah dan Dolli berkawan rapat ketika zaman kanak-kanak. Dolli sukakan Dolah kerana pekertinya baik. Mereka pernah berjanji untuk berkahwin dewasa kelak. Mereka terpaksa berpisah kerana keluarga Dollah berpindah ke Kuala Lumpur.

Daripada berwajah tampan dan menjadi idaman wanita, Dollah telah bertukar selekeh. Semuanya gara-gara dia bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat sejuk beku dan sering menjadi mangsa buli bos lama serta rakan sekerjanya.

Dolli mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia setelah bertahun menetap di Australia. Dolli gigih mencari pekerjaan dan pada masa yang sama cuba menjejaki kembali Dollah. 

Tanpa disedari Dollah, Dolli akhirnya menjadi bos kepadanya. Dolli tidak mengenali Dollah kerana penampilannya yang berbeza dan juga nama panggilannya yang lain di pejabat. 

Dollah terkejut dengan kehadiran Dolli namun mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana malu dengan perbezaan dirinya.

Dulu Dolah Daebak