Astro mempersembahkan ‘Framed’, sebuah siri premium Astro Originals, terbitan Astro Shaw bersama rakan produksi Independent Pictures Sdn Bhd. Drama rantaian terbaharu ini mempaparkan misteri konspirasi jenayah yang melibatkan takdir dan beberapa kejadian di luar kawalan, bakal bersiaran pada 3 Mei 2024, 9 malam menerusi Astro Premier (Saluran 410) dan episod awal disediakan pada setiap minggu bermula 12 tengah malam melalui platform On Demand, Astro GO dan sooka.
Siri drama premium penuh debaran ‘Framed’, diarahkan oleh Sein Qudsi, manakala cerita asal dan skrip pula dihasilkan oleh Kyle Ezra Groonting. Drama premium 8 episod ini menampilkan gandingan pelakon Meerqeen, Mimi Lana, Sangeeta, Ram Raaga dan ramai lagi.
Framed
Episod: 8
Tarikh Tayangan: 3 Mei 2024
Waktu Siaran: Jumaat, 9:00 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro Premier, Astro GO
Penulis Skrip: Kyle Ezra Groonting
Pengarah: Sein Qudsi
Produksi: Astro Shaw & Independent Pictures
Lagu Tema: Udara - Nadira Zaini
Watak Pelakon
Mimi Lana sebagai Lia
Sangeeta Krishnasamy sebagai Rita
Ram Raaga sebagai Navin
Riz Amin sebagai Gibran
Zamarul Hisham sebagai Mansur
Khir Rahman sebagai Hassan
Nam Ron sebagai Aziz
Kahoe Hon sebagai Ka Hong
Vanidah Imran sebagai Sara
Shaza Bae sebagai Azlina
Sinopsis Framed
Menyusuri perjalanan Lia, seorang wartawan yang menemui sebuah kamera polaroid lama, di mana kamera tersebut mampu mencetak momen-momen tragedi yang akan berlaku pada masa hadapan.
Berbekalkan petunjuk daripada gambar-gambar yang dicetak, Lia dengan secara tidak sengaja telah membuka penyiasatan untuk mengetahui kisah kehilangan ibunya.
Ketika penyiasatan ini, Lia bertemu Edi, seorang aktivis alam sekitar, mereka juga mendapat petunjuk tentang konspirasi pencemaran persekitaran yang berlaku di bandar Krung Merah pada 10 tahun lalu, dikaitkan dengan kehilangan ahli keluarganya.