Drama Nafsu (Viu)

Nafsu

Drama bersiri ‘Nafsu’ merupakan siri Viu Original terbaharu terbitan Infinitus Productions diarahkan oleh Sein Qudsi. Menampilkan pelakon seperti Kamal Adli, Azira Shafinaz, Khayrisyah Kemal, Nia Atasha serta Aqasha. Drama ‘Nafsu’ bakal memulakan tayangannya pada 27 Jun 2024 dengan dua episod terbaru setiap Khamis.

Penonton boleh menonton Viu Original Nafsu di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan TV pintar terpilih, serta di laman web www.viu.com.

Nafsu

Episod: 8
Tarikh Tayangan: 27 Jun 2024
Penulis Skrip: Hadi M.Nor, Amar Amir, Amin Shakib, Zuli Ismail, Azhar Amirulhisyam
Pengarah: Sein Qudsi
Produksi: Infinitus Films

Watak Pelakon
Kamal Adli sebagai Sam
Azira Shafinaz sebagai Dina
Aqasha sebagai Gusti
Khayrisyah Kemal sebagai Alia
Nia Atasha sebagai Suria
Zaii Omar sebagai Ustaz Firdaus
Ellie Suriaty sebagai Kamariah
Vanidah Imran sebagai Marina
Fahrin Ahmad sebagai Dr Azlan
Riezman Khuzaimi sebagai Tan Sri Hisham
Rosdeen Suboh sebagai Pak Attan
Yusuf Bahrin sebagai Zac
Steve Yap sebagai Foo
John Bear sebagai Khalid

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Kala Tiba
Artis: Marsha Milan
Komposer: Sein Qudsi
Lirik: Azan Addin

Sinopsis Nafsu

Di sebalik kawasan setinggan dan lorong gelap Kuala Lumpur, Sam menipu dan menyamar sebagai bomoh demi kelangsungan hidup. Mangsanya adalah mereka yang mudah terpedaya dengan ilmu hitam dan dengan menggunakan kesempatan itu, Sam mengaut duit mereka dengan penipuan dan ilusi murahan. 

Namun hakikatnya, Sam mempunyai deria keenam dan boleh melihat makhluk ghaib, tetapi dia menolak kepercayaan itu kerana padanya ia adalah satu sumpahan. 

Apabila Dina, bekas kekasih Sam, datang meminta pertolongan mencari adik perempuannya yang hilang selepas mendengar suara-suara aneh, Sam cuba menerima anugerahnya bagi membantu Dina. 

Kehilangan Alia cumalah satu permulaan kepada suatu ancaman yang lebih besar, melibatkan kumpulan ajaran sesat daripada golongan elit yang diketuai seorang lelaki misteri penuh karisma bernama Gusti. 

Disertai Dina dan Suria, Sam bakal diduga dengan perkara-perkara di luar jangkaan akal sementara bandar Kuala Lumpur menyaksikan rancangan besar Gusti berjalan.

Nafsu