Viu Malaysia, bekerjasama dengan Global Film Station Sdn Bhd menerbitkan drama bersiri terbaru, Bawah Payung Awan. Drama bersiri 30 episod ini merupakan gandingan pertama tiga pelakon Nabila Razali, Ben Amir dan Nelissa Nizam dan akan mula ditayangkan di Viu pada 13 Jun setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.
Drama ini merupakan adaptasi kedua dari novel tulisan Liza Nur dan diarahkan oleh pengarah Azri Izhar. Selain Nabila Razali, Ben Amir dan Nelissa Nizam, drama ini turut dibintangi oleh Amyza Aznan, Riz Amin, Adam Malek, Muaz Zabir, Kodi Rasheed, Watie Sadali dan Lan Siro.
Bawah Payung Awan
Episod: 30
Tarikh Tayangan di Viu: 13 Jun 2024
Waktu Siaran: Khamis - Sabtu, 12 tengah hari
Penulis Skrip: Liza Nur
Pengarah: Azri Izhar
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Watak Pelakon
Ben Amir sebagai Soleiman
Nabila Razali sebagai Widad
Nelissa Nizam sebagai Hanan
Kodi Rasheed sebagai Zaf
Muaz Zabir sebagai Rykal
Amyza Aznan sebagai Anita
Adam Malek sebagai Thaqif
Lan Siro sebagai Nasa
Riz Amin sebagai Basri
Watie Sadali sebagai Kasmah
Ku Fridah Ku Shafie sebagai Tok Awi
Hafidz Roshdi
Manan Sulaiman
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Tangis
Penyanyi: Nabila Razali
Komposer: Naim Danial
Lirik: Naim Danial
Sinopsis Bawah Payung Awan
Mengisahkan tiga sekawan Widad, Soleiman dan Hanan. Mereka bertiga tinggal di kawasan setinggan sejak kecil lagi. Hubungan mereka seperti keluarga. Namun, mereka mempunyai masalah dan ujian yang menimpa hidup masing-masing.
Widad berazam untuk memperbaiki kehidupannya melalui pendidikan, Soleiman bertarung dengan identiti dan trauma masa lalunya, dan Hanan cuba melarikan diri daripada realitinya melalui pembohongan dan manipulasi.
Persahabatan mereka diuji dengan pengkhianatan dan rahsia, terutamanya apabila rekaan Hanan membawa akibat yang serius. Ketiga-tiga mereka mesti menghadapi kebenaran dan membuat keputusan yang sukar.
Kisah ini menyelidik daya tahan, pengampunan dan kerumitan hubungan manusia, menggambarkan kekuatan ikatan yang berkekalan dalam menghadapi kesukaran.
Dalam perjalanan menuju dewasa, ketiga-tiga mereka terpaksa menghadapi kebenaran yang sukar dan membuat keputusan yang berat. Persahabatan mereka diduga ketika melangkah ke alam persekolahan, seterusnya memasuki dunia pekerjaan.
Mereka belajar bahawa untuk mengubah nasib kehidupan, mereka perlu berani mendepani cabaran dan menerima diri sendiri.
Musim 1
Mengisahkan tentang tiga sekawan iaitu Widad, Soleiman dan Hanan. Mereka dibesarkan di sebuah kawasan setinggan yang menjadi sarang penjenayah. Widad, anak seorang pelacur, berusaha keras untuk mencari jalan keluar dengan belajar bersungguh-sungguh. Soleiman yang menjadi mangsa dera ayahnya sejak kecil keliru dalam mencari identiti diri setelah abangnya meninggal dunia semasa melarikan diri daripada pihak polis. Hanan yang dirogol abang sendiri semasa berusia sembilan tahun dan dibenci ibu kandungnya, mencari kebebasan dengan berpeleseran dengan mat motor bernama Zaf.
Hanan yang semakin hanyut, mendesak Soleiman membantunya sehingga Soleiman terheret ke dalam perancangan samseng-samseng kawasan setinggan mereka untuk merompak. Akibatnya, Soleiman tertangkap dan dimasukkan ke sekolah Henry Gurney. Widad cuba melawat Soleiman tetapi sahabatnya itu enggan berjumpa dengannya. Soleiman mengutus surat kepada Widad sebelum Widad berangkat untuk menyambung pelajaran ke luar negara dengan tajaan biasiswa. Soleiman meminta supaya Widad melupakan dirinya seperti mana dia sudah melupakan Widad dan mahu mereka meneruskan hidup masing-masing. Mampukah mereka mengubah nasib hidup mereka?