Drama Dari Mata Turun Ke Hati

Dari Mata Turun Ke Hati

Drama bersiri 'Dari Mata Turun Ke Hati' merupakan adaptasi drama Jepun berjudul 'Love's In Sight'. Drama arahan Michael Ang ini menampilkan ggandingan Mierul Aiman dan Arabella Ellen. Bakal bersiaran mulai 12 Ogos 2024 di slot MegaDrama, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di Astro RIA dan strim Astro GO.

Dari Mata Turun Ke Hati

Episod: 16
Tarikh Tayangan: 12 Ogos 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10 malam
Rangkaian: MegaDrama Astro Ria, Astro GO, Sooka
Penulis Skrip: Nadia Khan
Pengarah: Michael Ang
Produksi: Juita Viden Sdn Bhd

Watak Pelakon
Mierul Aiman sebagai Jai Jerung
Arabella Ellen sebagai Iris Sofea
Darien Aeldra sebagai Jaha Rimau  xx Darien Aeld
Qistina Khaled sebagai Aira 
Azri Safix sebagai Haikal
Natasha Roslan sebagai Nisha
Afiq Hamidon sebagai Dayat
Azhar Sulaiman sebagai Kamal
Evertts Gomes sebagai Farhan
Ramona Zamzam sebagai Cik Kinah
Kimberly Chuah
Natasha Elyzza
Sathis Varan
Nik Rifaie
Azmi Caliph Buskers 

Sinopsis Dari Mata Turun Ke Hati

Kisah cinta antara seorang gadis bernama Iris Sofea (Arabella Ellen), yang tidak mempunyai penglihatan yang sempurna, dan seorang lelaki gangster jalanan bernama Jai Jerung (Mierul Aiman) yang suka melanggar undang-undang.

Jai Jerung, seorang pemuda nakal yang hidupnya tiba-tiba berubah selepas bertemu dengan Iris Sofea . Iris ni merupakan seorang gadis yang menghidap Deprivation Amblyopia dimana penglihatannya sangat terhad dan terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak. 

Kisahnya bemula apabila berlaku satu insiden dimana Iris tanpa sengaja telah menyerang Jai. Tanpa disangka-sangka pertemuan yang tidak dijangka ini menjadi permulaan hubungan baik antara mereka berdua. Mereka mula mengenali satu sama lain dengan lebih dalam dan pada akhirnya saling jatuh cinta. 

Namun begitu, Aira, kakak kepada Iris merupakan seorang yang sangat strict dan sering menghalang Iris dari melakukan banyak perkara.

Dari Mata Turun Ke Hati