Drama bersiri Lara Kasih diadaptasi daripada novel Tentang Hati Lara karya Nueen. Drama 15 episod ini diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production dan diarahkan oleh Shuhaimi Lua. Menampilkan barisan pelakon seperti Fikry Ibrahim, Chacha Maembong, Laila Nasir, Jay Iswazir dan ramai lagi.
Saksikan Lara Kasih yang disiarkan di slot Samarinda TV3 mulai 25 November 2024, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam atau strim di platform Tonton melalui laman web www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.
Lara Kasih
Episod: 15
Tarikh Tayangan: 25 November 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
Pengarah: Shuhaimi Lua
Produksi: Tanah Beris Film Production
Watak Pelakon
Fikry Ibrahim sebagai Khairil
Chacha Maembong sebagai Syuhadah
Jay Iswazir sebagai Borhan
Laila Nasir sebagai Hasnah
Iman Suhana sebagai Syahirah
Norreen Iman sebagai Syafiqah
Sharifah Shahora sebagai Ainun
Raja Azmi sebagai Fatimah
Mili Supina sebagai Cik Milah
Rashidah Jaafar sebagai Che Yah
Chomell Fana sebagai Syidah
Aishah Sudin sebagai Rohani
Aaliyah Natasha sebagai Azura
Ariel Izz sebagai Rahim
Syafiq Putra sebagai Azri
Muhd Faiz sebagai Rafiq
Nur Aleesya Amanda sebagai Baby Faris
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Benar Aku Cinta
Artis: Ronnie Hussein
Komposer: Ngepz
Lirik: Ngepz
Sinopsis Lara Kasih
Mengisahkan perjalanan hidup Syuhadah (Chacha Maembong) dan Khairil (Fikry Ibrahim) yang teruji apabila hubungan mereka diganggu oleh ibunya, Puan Hasnah (Laila Nasir), yang menentang keras cinta mereka kerana pekerjaan Khairil sebagai seorang penoreh getah.
Puan Hasnah yang naif termakan dengan nasihat dari Che Yah, seorang tukang tilik nasib, mengatakan bahawa Syuhadah akan mendapat kehidupan yang lebih terjamin jika disatukan dengan Borhan, seorang duda anak dua. Ini memulakan satu konflik yang mencabar antara Syuhadah dan ibunya.
Syuhadah terpaksa menentang keputusan ibunya yang mahu mengahwinkannya dengan Borhan, demi mempertahankan cinta dengan Khairil yang telah lama menjadi pilihannya. Namun, di sebalik kekuatan cinta mereka, muncul cabaran baru apabila Azura, seorang wanita yang cuba merebut perhatian Khairil, turut menambahkan konflik dalam hubungan mereka.
Dalam usaha mereka untuk tetap bersama, Puan Fatimah, ibu Khairil, turut memainkan peranan penting dengan memberi bantuan kepada Syuhadah dan Khairil, walaupun dengan cara yang agak kontroversial. Ketika permainan emosi dan perasaan semakin rumit, impian untuk hidup dalam kekayaan dan kemewahan mula menjadi keutamaan. Meskipun Khairil dan Syuhadah mungkin akhirnya dapat bersatu, mereka masih berdepan dengan tentangan keras dari Puan Hasnah yang terus berusaha mengatur kehidupan anak-anaknya mengikut kehendaknya.
Apakah yang akan berlaku seterusnya? Akankah Syuhadah dan Khairil berjaya melawan semua rintangan dan mendapat restu daripada ibu Syuhadah, atau adakah cinta mereka akan musnah kerana kerakusan dan kemahuan orang lain yang mengganggu kehidupan mereka?
Sinopsis Novel Tentang Hati Lara
Aku sayang Khairil. Sangat-sangat sayang. Tapi lelaki yang aku sayang itu hanya seorang penoreh getah. Dengan alasan itulah mak selalu hina dia. Dia tidak seperti menantu lelaki mak yang lain. Berpangkat tinggi semuanya.
“Saya sedih sebab mak buat awak macam ni. Menantu lain bukan main lagi mak tatang.”
“Tak apalah. Bukan rezeki saya nak jadi menantu kesayangan. Tak penting semua tu.”
“Saya bimbang awak gagal bertahan.”
“Insya-Allah, saya akan bertahan. Saya akan bertahan demi awak.”
“Awak tetap akan sayang saya walau mak layan awak macam tu?”
“Sekalipun satu dunia layan saya macam tu, tak mampu untuk mengubah kasih sayang saya terhadap awak. Awak isteri saya, kan? Bidadari saya.”
Pun begitu, kasih sayang kami tambah mendalam. Hidup kami seperti biasa saja. Langsung tak terkesan dengan penghinaan mak. Cuma semakin hari aku semakin bimbang. Bimbang tindakan emak yang seperti mahu memisahkan kami berdua.
Sekeras mana pun hati Khairil, pasti satu ketika dia akan mengalah. Kalau itu terjadi, bagaimana dengan aku nanti? Siapa yang aku akan pilih antara emak dan kasih Khairil?