Drama Nuh dan Nayla (TV3)

Nuh dan Nayla

Nantikan drama adaptasi novel 'Nuh & Nayla' dari penulis Ieya Sya akan datang di slot Akasia TV3. Drama terbitan Suhan Movies diarahkan oleh Idora Abdul Rahman. Menampilkan gandingan baru Jazmy Juma dan Scha Elinnea sebagai pelakon utama. 

Saksikan drama 'Nuh & Nayla' mulai 1 Julai 2024, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7.00 malam di TV3 atau strim episod baru 24 jam lebih awal di Tonton (www.tonton.com.my) serta aplikasi Tonton yang tersedia di Google Play dan App Store.
 

Nuh dan Nayla

Episod: 28
Tarikh Tayangan: 1 Julai 2024
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Nieza Nahar
Pengarah: Idora Abdul Rahman
Produksi: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

Watak Pelakon
Jazmy Juma sebagai Nuh
Scha Elinnea sebagai Nayla
Yusof Hashim sebagai Faqeel
Ezzanie Jasny sebagai Jiha
Arfie Shah sebagai Luth
Puteri Khareeza sebagai Fatimah
Zizi Hazirah sebagai Farina
Hana Tiha sebagai Felicia
Syefik sebagai Ishak
Khalida Balqis sebagai Maryam
Hilal Azman
Hafiz Halim
Azhar Amir
Zila Bakarin
Lisdawati
Ayu Azlina

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Masing Masing
Penyanyi: Erni Zakri, Ade Govinda
Komposer: Ade Govinda
Lirik: Ade Govinda, Nabila V

Sinopsis Nuh dan Nayla

Nuh (Jazmy Juma) jejaka yang 'gentlemen' menyebabkan Jiha (Ezzany Jasny) jatuh cinta dengannya. Setelah cinta ditolak, Jiha telah perangkap Nuh sehingga mereka berkahwin. Nuh membawa Jiha jauh ke Kazakhstan. Sikap Nuh mula berubah tidak seperti dahulu. Sebulan berkawin, Jiha mengandung dua bulan. Nuh bertambah bengang apabila mengetahui dia dijadikan kambing hitam, lalu menceraikan Jiha.

Nayla (Scha Ellinea) dijemput oleh Jiha ke Kazakhstan kerana dia ada teman untuk mengadu. Apabila mereka mengetahui Jiha mengalami penyakit kronik. Jiha meminta Nuh untuk mengahwini Nayla agar mereka dapat menjaga anaknya nanti. Selepas kematian Jiha, Nuh & Nayla pulang ke Malaysia untuk menjaga anaknya Addin. Namun umur Addin tidak panjang. Nayla minta dilepaskan oleh Nuh setelah kematian Addin, namun Nuh tetap dengan janjinya pada Jiha untuk menjaga Nayla.

Sinopsis Novel Nuh dan Nayla

Suatu ketika dulu, Nuh adalah pendosa yang membuat seorang Nayla membenci dan memandangnya dengan jijik.

Takdir menyatukan Nuh dan Nayla dalam ikatan perkahwinan yang dirahsiakan. Namun mereka memilih jalan berpisah tanpa lafaz talak. Takdir juga telah menemukan mereka dalam situasi berbeza. Antara pembantu dengan cucu majikan.

Jika sebelum ini Nuh mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami, tapi kali ini dia cuba untuk berubah.

Kerasnya hati Nayla bagaikan besi ampuh. Malah dia tidak peduli dan menyokong Nuh untuk menerima Fatimah. Akur dan menghormati keputusan Nayla, Nuh terpaksa bersetuju walaupun hatinya tidak berdetak untuk gadis cantik itu.

Rupanya Nayla sudah tersalah langkah. Tiba-tiba dia berpaling tadah. Nuh harus dia pertahankan.

“Saya nak awak terus jadi suami saya, Nuh.” - NAYLA

Siapa tahu di sebalik pengakuan itu, ada kisah hitam dan rahsia yang Nayla simpan. Ada derita yang ditanggung. Dia mempunyai kaitan dengan bakal jodoh Nuh.

Adakah niat Nayla menghalang perjodohan Nuh kerana cinta, atau kerana dendam? Siapa Fatimah sebenarnya? Dapatkah ikatan perkahwinan mereka bertahan?