Drama Pinjaman Syurga (TV3)

Pinjaman Syurga

Terbaharu di slot Akasia, drama Pinjaman Syurga mengangkat tema pengorbanan seorang ibu yang sanggup berjuang seorang diri dalam cabaran membesarkan anak autisme. Dibintangi oleh Janna Nick, Keith Foo, Gambit Saifullah dan Akif Darwisy. Saksikan Pinjaman Syurga bakal bersiaran bermula 5 September 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasia TV3 dan strim melalui Tonton.

Pinjaman Syurga

Episod: 8
Tarikh Tayangan: 5 September 2024
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam 
Rangkaian: Akasia TV3 / Tonton
Idea Asal: Hariff Ahamat
Penulis Skrip: Shaza Talib & Suzanna Zaily Zin
Pengarah: Shuhaimi Zulkefli & Bob Fitri
Produksi: Anomali Media Sdn Bhd

Watak Pelakon
Janna Nick sebagai Natasha
Keith Foo sebagai Taufiq
Gambit Saifullah sebagai Zainal
Akif Darwish sebagai Haikal
Natasya Mahyan sebagai Elisya
Fizo Omar sebagai Ismail
Ziha Salleh sebagai Zahirah
Laila Nasir sebagai Puan Aminah
Sahronizam Noor sebagai Pak Hashim
Aleza Shadan sebagai Mak Zainab
Nur Syazwani sebagai Amirah
Farah Wahida sebagai Fauziah

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Melewati Mimpi
Penyanyi: Amira Othman
Lirik & Komposer: Aiman Sidek

Sinopsis Pinjaman Syurga

Mengisahkan tentang bagaimana sebuah keluarga diuji dengan dugaan yang besar dan pengorbanan yang luar biasa dalam menghadapi realiti kehidupan yang tidak dijangka.

Berkisar kisah hidup pasangan suami isteri, Natasha (Janna Nick) dan Taufik (Keith Foo) yang mengalami pergolakkan setelah mengetahui bahawa anak tunggal lelaki mereka iaitu Haikal (Akif Darwisy) adalah seorang kanak-kanak autisme. Seperti angin badai yang tiba tanpa diduga, berita ini menggoncang kehidupan bahagia selama lima tahun perkahwinan mereka, menguji kesabaran, kecekalan, dan kasih sayang yang ada.

Taufik yang dulunya seorang ayah yang penyayang, kini berubah menjadi seorang yang pemarah. Manakala, Puan Aminah, ibu Taufik juga tidak berpuas hati dan menyalahkan keturunan Natasha atas penyakit autisme yang dihidapi Haikal.

Kehidupan Natasha menjadi semakin sukar sehingga mutu kerjanya makin merosot akibat bebanan emosi yang harus dipikul seorang diri. Selepas mendengar nasihat ayahnya, dan sokongan dari bekas adik iparnya (Zahirah), Natasha serta merta menghantar Haikal ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang mana ianya ditubuhkan bertujuan untuk membantu anak-anak autisme.

Pada ketika itu, dia bertemu semula dengan Zainal (Gambit Saifullah), seorang rakan lama yang merupakan pengasas bagi pusat pemulihan tersebut dan mula membantu Natasha dan juga Haikal dalam mengharungi cabaran kehidupan mereka.

Namun, seberapa kuatkah seorang ibu seperti Natasha dapat menghadapi ujian ini sendiri dan mampukah Natasha membesarkan anak pinjaman syurga ini dengan penuh kasih sayang sehingga ke akhir?

Pinjaman Syurga