Kahar Kapla High Council

Kahar Kapla High Council

Filem Kahar Kapla High Council adalah prekuel kepada siri fenomena, High Council diarahkan oleh pengarah drama premium Anchor SPM iaitu Razaisyam Rashid. 

Manakala skrip ditulis oleh pasukan Astro Shaw yang diketuai oleh pengarah High Council, Anwari Ashraf bersama salah seorang penulis High Council, Luqman Alhakim Sheikh Ghazali. 

Masih mengekalkan pelakon utamanya iaitu Amir Ahnaf sebagai Kahar, turut membintangi Kahar Kapla High Council adalah Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh dan Khenobu. 

Kahar Kapla High Council dijangka menemui penonton pada hujung tahun ini.

Kahar Kapla High Council

Tarikh Tayangan: 2024
Penulis Skrip: Anwari Ashraf & Luqman Alhakim Sheikh Ghazali
Pengarah: Razaisyam Rashid
Produksi: Astro Shaw

Watak Pelakon
Amir Ahnaf sebagai Kahar 
  • Anak bongsu kepada Dato’ Abu Yamin
  • Kerap rasa tertekan untuk mencapai tahap kecemerlangan seperti ayahnya
  • Mempunyai hubungan rapat abangnya Beja serta menjadikannya sebagai teladan.
  • Mahir dalam Muay Thai

Aedy Ashraf sebagai Beja
  • Ketua Pengawas dan pelajar terbaik dalam KUDRAT.
  • Abang kepada Kahar.
  • Seorang yang mementingkan imej dan reputasinya di sekolah.
  • Mahir dalam seni bela diri Muay Thai.

Sky Iskandar sebagai Megat
  • Kapla High Council KUDRAT yang terkini.
  • Seorang oportunis yang pandai bercakap manis dan manipulatif.
  • Mahir dalam seni pertarungan Tinju

Thompson Goh sebagai Li
  • Seorang Penolong Ketua Pengawas yang tinggi dan sasa
  • Mahir dalam seni pertarungan Muay Thai
  • Seorang yang pendiam, tenang dan misteri.

Khenobu sebagai Jojo
  • Seorang yang sentiasa inginkan perhatian
  • Pembuli di KUDRAT
  • Mahir dalam seni pertarungan Gusti dan (MMA).

Sinopsis Kahar Kapla High Council

~ akan dikemaskini