Filem Siapa Buka Lampu

Siapa Buka Lampu

Siapa Buka Lampu merupakan sebuah filem parodi arahan Reka Wijaya akan datang di pawagam mulai 4 Julai 2024.

Siapa Buka Lampu

Genre: Seram Komedi 
Tarikh Tayangan: 4 Julai 2024
Pengarah: Reka Wijaya
Produksi: SG Entertainment and Advertising

Para Pelakon
Punnagai Poogheetha
Qasrina Karim
Tia Tavee
Azizul Ammar
Issey Fazlisham
Azhar Jali
Bell Ngasri
Mamak Puteh
Gesya Shandy
Angie Ang

Sinopsis Siapa Buka Lampu

Sebuah 'Rumah Tamu' yang baru dibuka menjadi viral apabila mendapat review daripada ramai 'influencers'. Namun bermula malam ketiga, rumah tamu itu mula diganggu oleh hantu Thai, 'Nak Nak'. Pemilik rumah tamu bertindak meminta bantuan sepasang suami isteri yang sememangnya terkenal dengan kehebatan menangkap hantu untuk membantu mereka. Keadaan menjadi lebih parah apabila hantu 'Anubelle" yang pernah ditangkap dalam kes sebelum ini oleh pasangan suami isteri tersebut terlepas dari tangkapan. Kes ini berjaya diselesaikan apabila pasangan suami isteri tersebut setelah mendapati bahawa hantu yang selama ini mengganggu mereka ialah bekas isteri pemilik rumah tamu tersebut yang telah meninggal dunia 20 tahun yang lalu.