Filem Takluk: Lahad Datu

Takluk Lahad Datu

Filem Takluk: Lahad Datu diinspirasi daripada peristiwa sebenar Krisis Pencerobohan Lahad Datu yang berlaku pada tahun 2013. Peristiwa tersebut mencatat sejarah hitam apabila seramai 10 orang wira negara terkorban dalam usaha mempertahankan tanah air daripada ancaman pengganas.

Diarahkan oleh Zulkarnain Azhar, filem ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Kamal Adli, Fikry Ibrahim, Anding Indrawani, Eman Manan, Riezman Khuzaimi, Josiah Hogan, Ayez Shaukat, Fad Anuar, Adam Corrie Lee, Mustaqim Bahadon, dan Zarul Umbrella.

Filem Takluk: Lahad Datu  bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 22 Ogos ini.

Takluk: Lahad Datu

Genre: Aksi
Tarikh Tayangan: 22 Ogos 2024
Lakon Layar: Zulkarnain Azhar & Peter Toyat
Pengarah: Zulkarnain Azhar
Produksi: Multimedia Film Productions

Barisan Pelakon
Syafiq Kyle
Fikry Ibrahim
Kamal Adli
Anding Indrawani
Mustaqim Bahadon
Eman Manan
Nasir Jani
Ayez Shaukat
Abi Madyan
Zarul Umbrella
Hairi Safwan
Azizul Ammar

Sinopsis Takluk Lahad Datu

Apabila beberapa ratus rakyat Filipina yang dikenali sebagai Pasukan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara dihantar oleh Jamalul Kiram III untuk menuntut takhta Kesultanan Sulu, kru Komando VAT69 berjuang mempertahankan kedaulatan tanah air daripada serangan pengganas. kumpulan, dikenali sebagai kebuntuan Lahad Datu 2013 atau Operasi Daulat.