Drama Dan Mimpi Pun Berguguran

Dan Mimpi Pun Berguguran

Nantikan drama bersiri adaptasi novel 'Dan Mimpi Pun Berguguran' karya Liana Afiera Malik akan bersiaran di slot Tiara Astro Ria mulai 15 Julai 2024, pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 6:00 petang atau strim di Astro GO. Drama terbitan Global Station diarahkan oleh Bade Hj. Azmi. Menampilkan Nazim Othman, Daniella Sya dan Muaz Zabir sebagai pelakon utama.

Dan Mimpi Pun Berguguran

Episod: 50
Tarikh Tayangan: 15 Julai 2024
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 6:00 petang
Rangkaian: Astro Ria, Astro GO
Penulis Skrip: Eenaz Mokhtar
Pengarah: Bade Hj. Azmi
Produksi: Global Station Sdn Bhd

Watak Pelakon  
Daniella Sya sebagai Icha (Marissa Adeline)
Nazim Othman sebagai Saiful Badar
Muaz Zabir sebagai Badrul
Hanna Aqeela sebagai Humairah
Azhar Amir sebagai Tuan Rais
Zoee Tan sebagai Puan Sofea
Shah Rezza sebagai Farid
Alif Hadi sebagai Matin 
Mia Nasir sebagai Mazy
Mathni Razak sebagai Anuar
Natasha Elyzza sebagai Diana

Lagu Tema (OST) 
Tajuk: Apa Makna Cinta 
Penyanyi: Hazama 
Komposer: Taja 
Penulis Lirik: Ary 

Sinopsis Dan Mimpi Pun Berguguran

Marissa Adeline, atau Icha, dibesarkan dalam keluarga kaya yang sering berantakan. Kehadiran abang saudaranya, Saiful Badar banyak memberikan ketenangan.

Namun bahtera perkahwinan mereka dilanda badai apabila Saiful diserang kanser dan kesihatan Icha juga mula merosot dek kerana peristiwa silam.

Bagaimanakah pasangan ini mendepani cabaran hidup?