Drama Mentua (TV3)

Mentua

Jangan ketinggalan menyaksikan drama bersiri ‘Mentua’ kisah konflik antara menantu dan mak mentua lakonan Fauziah Dato' Ahmad Daud dan Elizad Sharifuddin, mulai 24 Ogos 2024, setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam di slot Lestary TV3. Strim episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton www.tonton.com.my. Anda juga boleh memuat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Mentua

Episod: 15
Tarikh Tayangan: 24 Ogos 2024
Waktu Siaran: Khamis - Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Amin Shakib, Eja Lorena, Shida Zali, Siti Solehah Abdul Ghani, Zarihah Hassan
Pengarah: Zamri Zakaria
Produksi: OrangeTree Production

Watak Pelakon
Fauziah Ahmad Daud sebagai Azizah
Syarul Ezani sebagai Amir
Elizad Sharifuddin sebagai Emilia
Apich Lo sebagai Azim
Dayang Areeda sebagai Mimi
Raden Zaharatul sebagai Sherina
Hanna Aqeela sebagai Sofea
Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Husin
Farahdhiya sebagai Lidya
Dzul Hadziq sebagai Adam
Erry Putra sebagai Junid
Farhan Asri sebagai Akmal
Jaja Iliyes sebagai Sara
Jasper Supayah sebagai Siti
Nasir Jani sebagai Pak Zain
Zarynn Min sebagai Nadia

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Jika Takdir 
Penyanyi: Marsha Milan
Komposer: Sang Hitam, Mas Dewangga, Jova Devito
Lirik: Mas Dewangga

Sinopsis Mentua

Mengisahkan Azizah (Fauziah Dato' Ahmad Daud), seorang ibu dan isteri yang dominan, merasa terancam dengan kehadiran menantu baharunya, Emilia (Elizad Sharifuddin), yang berkahwin dengan anak sulungnya, Amir (Syarul Ezani). Azizah menampilkan dirinya sebagai seorang yang anggun, berjaya, dan sentiasa dipandang tinggi oleh keluarga serta masyarakat setempat. Sebagai tunggak keluarga, dia percaya bahawa dirinya akan sentiasa dihargai dan dikasihi. Dia selalu berpesan kepada anak-anaknya, “When you marry a woman, make sure you marry one as capable as your mother.”

Konflik bermula apabila anak sulungnya, Amir, berkahwin dengan Emilia, seorang usahawan muda tekstil yang berjaya. Azizah merasa tergugat dengan kehadiran Emilia yang lebih berusia dari anaknya yang dianggap sebagai pesaing dalam keluarga dan perniagaan. Emilia mempunyai hampir 90% persamaan karakter dengan dirinya, bezanya Emilia yang cantik, sopan dan bijak lebih tulus dalam setiap tindakan. Azizah mula merancang untuk menjatuhkan dan menyingkirkan menantunya dengan pelbagai cara, termasuk menggunakan pekerjanya dan bekas isteri Amir untuk merosakkan hubungan mereka. Mampukah Azizah menyingkirkan Emilia?

Mentua tv3