Pintu Lain Ke Syurga (TV3)

Pintu Lain Ke Syurga

Saksikan ulangan telefilem 'Pintu Lain Ke Syurga' pada Jumaat ini pukul 1 petang di TV3.

Pintu Lain Ke Syurga

Waktu Siaran: Jumaat, 5 Julai 2024, 1:00 petang
Rangkaian: TV3 / Tonton
Penulis Skrip: A. Wahid Nasir
Pengarah: Datuk Ahmad Tamimi Siregar
Produksi: A. Aida Production

Watak Pelakon
Remy Ishak sebagai Haris
Fizz Fairuz sebagai Nasir
Datuk A. Tamimi Siregar sebagai Tuan Jalal
Aida Khalida sebagai Fauziah
Amyza Aznan sebagai Odah
Leez Rosli sebagai Suri

Sinopsis Pintu Lain Ke Syurga

Selepas 5 tahun, Haris dibebaskan dari penjara atas kesalahan menagih dadah. Dia tidak pulang ke kampung kerana tidak mahu berdepan dengan ayahnya. Penduduk kampung memandang serong terhadapnya. Tanpa pengetahuan Haris, ayahnya telah lama tiada. Keluarganya masih menerima kehadirannya tetapi tidak bagi abang iparnya, Nasir kerana merasa terbeban dengan tugas sebagai ketua keluarga dengan kehadiran Haris.