Drama Cinta Bukan Milik Kita (TV3)

Cinta Bukan Milik Kita

Nantikan drama bersiri 'Cinta Bukan Milik Kita' terbitan Zeel Production diarahkan oleh Emi Suffian. Menampilkan gandingan Khai Bahar dan Sharifah Rose sebagai teraju utama, dibantu oleh pelakon seperti Putri Delyna, Marc Saddique dan Syahmie Thsaqeef.
 
Cinta Bukan Milik Kita bersiaran di Slot Samarinda TV3 mulai 19 Disember 2024, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Anda boleh menonton episod baharu drama ini 24 jam lebih awal secara eksklusif di Tonton. Layari www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

Cinta Bukan Milik Kita

Episod: 14
Tarikh Tayangan: 19 Disember 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Mufid Suhaimi, Haji Zeel, Lee Chonz & Marr Mohamad
Pengarah: Emi Suffian 
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Khai Bahar sebagai Redza
Sharifah Rose sebagai Manis
Putri Delynna sebagai Azalea
Marc Sadique sebagai Raden
Syahmie Thsaqeef sebagai Asran
Kartina Aziz sebagai Wan Lijah
Ahmad Idham sebagai Abdullah
Esma Daniel sebagai Sazali
Lydiawati sebagai Robiah
Nadia Kesumawati sebagai Intan
Amir Haikal sebagai Muiz
Ainnur Naqeebah Hafedz sebagai Anessa
Halmey Hamdah sebagai Razak
Fendi Seman sebagai Pak Pen
Rosmi Ibrahim sebagai Tok Ketua
Amirshah Rosmizan sebagai Redza (kecil)
Adeeb Ar Rafee sebagai Muiz (kecil)
Chenta Salsabila sebagai Aneesa (kecil)
Nazril Khalid sebagai Azale (kecil)
Ratu Dania sebagai Azale (kecil)

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Lemas
Penyanyi: Khai Bahar 
Komposer: Hykal Kadir
Penulis Lirik: Haziman Azli

Sinopsis Cinta Bukan Milik Kita

Redza (Khai Bahar) ialah seorang jejaka kampung yang membesar di kebun harum manis milik keluarganya di Perlis. Kehidupannya berubah setelah kematian bapanya, memaksa Redza mengambil alih tanggungjawab mengurus kebun tersebut seorang diri. Dia berhadapan dengan cabaran besar apabila ibu saudaranya, Robiah (Lydiawati), cuba merampas kebun tersebut demi keuntungan peribadi. Walaupun hasil kebun itu kerap dibolot oleh Robiah, Redza tidak mudah mengalah. Dia terus berjuang mempertahankan kebun yang penuh nilai sentimental tersebut.

Dalam masa yang sama, Redza menjalinkan persahabatan rapat dengan Manis (Sharifah Rose), seorang gadis bandar yang jauh berbeza dari segi latar belakang hidup. Hubungan yang bermula sebagai kawan itu kemudiannya bertukar menjadi cinta. Namun, percintaan mereka tidak disukai oleh bapa tiri Manis, Sazali (Esma Daniel), yang memandang rendah kehidupan sederhana Redza. Demi memisahkan mereka, Sazali membawa Manis ke Jakarta, meninggalkan Redza dengan janji bahawa mereka akan bertemu semula di bawah pokok harum manis yang mereka tanam bersama.

Perpisahan yang memakan masa bertahun-tahun itu tidak mematahkan semangat cinta Redza dan Manis. Namun, takdir seakan-akan mahu menguji sejauh mana kekuatan cinta mereka. Sepanjang perpisahan, pelbagai dugaan melanda. Manis terpaksa berdepan dengan tekanan hidup di kota manakala Redza terus gigih mempertahankan kebunnya yang menjadi simbol perjuangan hidupnya. Adakah mereka akan kembali bersatu di bawah pokok harum manis, atau mungkinkah janji itu akan tinggal sebagai memori yang terkubur?

Cinta Bukan Milik Kita