Pontianak 200kg

Pontianak 200kg

Nantikan filem seram komedi 'Pontianak 200kg' terbitan Primeworks Studio dan Metrowealth akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 5 September 2024. Filem arahan Suhaimi Lua ini adalah sekuel kepada Pontianak 100KG yang ditayangkan secara eksklusif di Tonton.

Pontianak 200kg

Tarikh Tayangan: 5 September 2024
Penulis Skrip: Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
Pengarah: Shuhaimi Lua
Produksi: Primeworks Studio & Metrowealth

Watak Pelakon
Aya Amiruddin sebagai Ponti Melati
Syuhaida Abraz (Dottie) sebagai Ponti Mewangi
Ropie
Ziana Zain sebagai Kemboja
Wanns Ahmad sebagai Malik
Niezam Zaidi
Malia Baby
Apich Lo
Shaf Naufas
Sarah Monika Sow

Lagu Tema (OST)
Shiha Zikir & Aya - Naik Hantu
Lagu & Lirik: Iqie Hugh, Shazriq Azeman & Omar K

Sinopsis Pontianak 200kg

Mengisahkan Ponti Melati (Aya Amiruddin) dan Ponti Mewangi (Dottie) yang menjadi pontianak sering lapar dan lebih gemar memburu makanan berbanding membunuh manusia. Disebabkan itu, keadaan di kampung tersebut menjadi huru-hara gara-gara kes kecurian makanan yang semakin meningkat.