Kilauan Emas 2024

Kilauan Emas 2024

Setelah hampir 7 tahun menyepi, program nyanyian Kilauan Emas kembali membawakan nafas baharu dengan tema ‘Otai Kembali Berbisa’, membuka ruang dan peluang kepada bakat tempatan otai tempatan untuk mempamerkan bakat terpendam mereka dalam bidang nyanyian.

Bakat-bakat yang dipilih juga bukan sahaja berkebolehan dalam bidang nyanyian, namun mempunyai pencapaian dan latar belakang unik masing-masing yang memberikan pelbagai corak warna dalam konsert utama ‘Kilauan Emas 2024’.

Untuk musim terbaharu ini, barisan peserta yang akan bersaing merupakan 12 orang peserta solo yang terdiri daripada warga Malaysia, dari seluruh negeri seperti Sabah, Pulau Pinang,Johor, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Terengganu, berusia diantara 46 tahun sehingga 68 tahun, iaitu peserta paling senior pada musim ini.

Kilauan Emas 2024 bakal digegarkan dengan penampilan Kak Lina Pom Pom sebagai pengacara program utama, serta pelawak dan pelakon Joey Daud sebagai pengacara belakang pentas & diari Kilauan Emas. Bangku juri buat musim terbaharu ini mengekalkan figura legenda, Erra Fazira dan Dato ’Hattan, bersama pelawak terkenal iaitu Roy Azman yang bakal menyerikan lagi episod-episodnya.

Persembahan setiap peserta menerusi ‘Kilauan Emas 2024’ akan diadili secara 70%daripada pemarkahan oleh barisan panel juri professional, 20% daripada juri awam yang merangkumi markah para penonton undangan dan juga 10% daripada undian para penonton di rumah.

Juara ‘Kilauan Emas’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Para penonton dan peminat boleh mengundi peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan pada setiap minggu secara dalam talian menerusi lamanweb Astro Gempak.

‘Kilauan Emas 2024’ akan bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam selama lapan minggu bermula 14 September 2024, setiap Sabtu, jam 9 malam menerusi Astro Prima (saluran 105). Program ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, aplikasi Astro GO dan sooka.

Senarai 12 Peserta Kilauan Emas 2024

MARIA
Nama: Mariani Mustafa @ Mamat
Asal: Setiu, Terengganu
Pekerjaan: Busker

WAN
Nama: Ridzuan Bin Yusof
Asal: Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Pekerjaan: Pegawai Imigresen

SUE
Nama: Sueneata Bt Hamzah
Asal: Ulu Kinta, Perak
Pekerjaan: Tukang Jahit

BALQIS
Nama: Bulqis Bt Sadak
Asal: Telipuk, Sabah
Pekerjaan: Peniaga Sambal

DINO
Nama: Shamsuddin Bin Md Ali
Asal: Kulim, Kedah
Pekerjaan: Pesara Pdrm

GIE
Nama: Roziah Binti Abd. Hamid
Asal: Mersing, Johor
Pekerjaan: Suri Rumah

SIDI
Nama: Marsidi Bin Mansor
Asal: Alor Setar, Kedah
Pekerjaan: Inspektor Penjara, Jabatan Penjara Malaysia

INA
Nama: Nur Fadhlina Binti Ismail
Asal: Georgetown, Pulau Pinang
Pekerjaan: Pegawai Perhubungan Awam (Msu)

RON
Nama: Noor Anizah Binti Abu Hassan
Asal: Malim Nawar, Perak
Pekerjaan: Peniaga Sate

BUDIN
Nama: Mohamad Shabuddin Bin Sehu Mohamed
Asal: Georgetown, Pulau Pinang
Pekerjaan: Peniaga Pakaian

ATIE
Nama: Mahzuriyati Bt Abd Malek
Asal: Jelebu, Negeri Sembilan
Pekerjaan: Peniaga Online

HAMID
Nama: Hamidon Bin Abdul Karim
Asal: Ipoh, Perak
Pekerjaan: Pemandu Lori